Aku melirik ke tepi memandang Yejun yang sedang menikmati pemandangan di luar tingkap. Nampak gaya macam tengah berjiwang je. Mesti dia tengah berangan dia tengah shoot MV ni. Maklumlah lagu kat radio sekarang pun lagu sedih.
Tak hairanlah yang tu, tapi kenapa budak ni senyap sangat? Aku melihat ke arah pelanggan wanita yang sedang melayan telefon pintarnya di belakang melalui cermin pandang belakang. Semua pelanggan yang naik teksi ni tadi dah dengar suara Yejun. Maklumlah dia ekstrovert, jadi memang banyak bersoal jawab dengan pelanggan kat belakang supaya diorang tak rasa sunyi. Aku je ha duduk termenung seorang diri sambil memandu, mengenangkan nasib aku.
Pelanggan ni pun ada menjadi mangsa Yejun masa awal-awal tadi. Yejun tanya, dia jawab. Dia tanya balik, Yejun jawab. Lepastu dua-dua gelak and senyap sampai sekarang. Halaweh, cakaplah lagi! Aku nak sendawa pun tak tenang.
Akhirnya, setelah beberapa minit keadaan di dalam kereta sunyi, kami tiba di destinasi si pelanggan.
"Dah sampai, cik. Semuanya 5,780 won," beritahuku. Pelanggan cantik ini menghulurkan duit buatku. Aku tersenyum ramah kepadanya.
"Terima kasih! Naiklah lagi!"
Aku melihat bangunan di luar. Masam Mall. Teringat kejadian dengan Jungkook dulu. Haih, datang lagi aku ke tempat ni. Jom chau laju-laju.
Prettt
Sedang aku menikmati pemandangan dan aroma wangi dari minyak wangi lavender di teksi ini, tiba-tiba muncul satu bunyi yang amatlah tidak asing bagiku. Sepantas kilat kepala aku terteleng ke arah Yejun di sebelah.
"Ya Tuhan! Tak senonoh!"
"Noona, Yejun nak kentut dari tadi lagi tapi Yejun tahan sebab takut pelanggan tu terjun tingkap. Sekarang Yejun nak berak. Tunggu tau!" Yejun bersuara dengan laju dan terus keluar dari kereta ini lalu berlari masuk ke dalam Masam Mall. Aku terdiam seketika memproses ayat Yejun sambil ditemani dengan bau kimbap dari kentut Yejun.
"Yah! Beraklah kat tempat lain!"
Sah sahlah aku dah terlambat halang Yejun. Kelibat pun dah hilang. Laju betul dia lari. Tak tahan sangat gamaknya. Semoga tak tercirit. Aigoo, patutlah tetiba jadi bisu tadi. Nak berak rupanya.
Aku memandang kosong pusat beli-belah di hadapanku. Argh, aku baru nak blah dari sini secepat mungkin! Berada di sini mengingatkan aku tentang kenangan lama kerana di sinilah tempat aku berjumpa Jungkook. Yejun lah ni! Tadi tak bawa pampers. Huh!
Aku melihat sekeliling. Cun, ada banyak teksi. Jadi aku tak perlu risau kalau-kalau Jungkook ada. Jam aku tilik. Baru seminit berlalu. Argh, Yejun cepatlah! Patutkah aku turun dan tolong Yejun teran cepat sikit?
Dek kebosanan, aku mengambil anak kesayangku atau lebih dikenali dengan nama telefon pintar. Aku menyambung rangkaian Bluetooth dengan teksi ini. Nak pasang lagu lah. Appa pesan jangan pasang lagu masa pelanggan ada sebab takut diorang tak selesa. Ala, nanti ada orang masuk aku tutuplah lagu ni.
YOU ARE READING
Coincidence [ ✔ ]
Humor❛❛ Kau hilang jejak van tu, kau hilang nyawa kau. ❜❜ Apabila seorang gadis pabo berjumpa dengan seorang mafia. [ # ] cover design by @ATHENDERY-99 © 2023