【 HANEUL - 5 y/o 】
【 JUNGKOOK - 8 y/o 】"Haneul, beri ahjumma biskut tu,"
Haneul menurut arahan Puan Kang. Sepaket biskut di dalam bakul diambilnya lalu terkedek-kedek dia berjalan ke arah Puan Jeon. Usai biskut itu diambil oleh Puan Jeon, terus Haneul berlari anak dan menyorok di balik Puan Kang.
"Aigoo! Comelnya," ujar Puan Jeon sambil tersenyum manis. Haneul yang malu terus sahaja mengintai sedikit lalu kembali menyorok. Puan Kang sekadar tersenyum sahaja sambil menepuk pelan punggung Yejun yang sedang didukungnya.
"Terima kasihlah atas biskut ni,"
"Eh takde apa. Kami pun baru berpindah, kenalah tunjuk muka pada jiran-jiran juga," balas Puan Kang sambil tersenyum. Sarang di dukungan Puan Jeon dilihatnya.
"Anak awak berapa tahun?"
"Oh, 1 tahun 5 bulan."
"Eh samalah! Yejun pun masuk 1 tahun bulan ni,"
Haneul melihat sekeliling. Bosan pula dia apabila ibunya mula berbual panjang dengan jirannya. Sedang memerhati sekeliling, anak matanya tertangkap figura Jungkook yang sedang berjalan masuk ke dalam halaman rumah ini. Jungkook juga terlihat Haneul dan berhenti berjalan buat seketika. Dua manusia itu saling berpandangan.
Tanpa berlengah, terus Haneul mengambil sepaket biskut di dalam bakul yang dibawanya. Terkedek-kedek dia berlari ke arah Jungkook lalu memberinya biskut itu.
"Kau siapa?" soal Jungkook dingin. Budak perempuan itu ditiliknya atas bawah. Sepertinya dia tidak pernah melihat budak itu sebelum ini. Haneul mencapai tangan Jungkook lalu meletakkan biskut itu di atas tangannya. Badannya kemudiannya ditundukkan.
"Anneyonghaseyo! Kang Haneul imnida! Saya baru pindah kat sana!" ujar Haneul lalu menunding jari ke suatu arah. Jungkook mengangkat kepalanya ke arah yang ditunjukkan iaitu sebuah rumah yang selang beberapa rumah darinya.
Dia menundukkan kepalanya semula untuk memandang Haneul, namun budak itu sudah pun berada di sisi Puan Kang sambil menyorokkan wajahnya. Jungkook tersenyum nipis. Biskut di tangannya dilihat sekilas.
❛ ━━━━━━━━ ・❪ 🔫 ❫ ・━━━━━━━━ ❜
【 HANEUL - 7 y/o 】
【 JUNGKOOK - 10 y/o 】"AAAAAAAA!"
Berlari dua kanak-kanak itu sambil menjerit. Di belakang mereka kelihatan seekor anjing besar berwarna hitam sedang mengejar mereka sambil menyalak kuat.
"Eomma!" Yejun yang hanya berumur 4 tahun sudah menangis dek terlalu takut. Terasa seluarnya sudah basah. Haneul melihat sekeliling. Tanpa menghentikan larian, dia menjerit.
YOU ARE READING
Coincidence [ ✔ ]
Humor❛❛ Kau hilang jejak van tu, kau hilang nyawa kau. ❜❜ Apabila seorang gadis pabo berjumpa dengan seorang mafia. [ # ] cover design by @ATHENDERY-99 © 2023