ೃ⁀➷ 34 :: r 'ˎ˗

5 1 0
                                    

"HAHAHHA!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAHAHHA!"

Bergema gelak tawa Jinae di dalam gudang itu. Sofa yang sedang didudukinya ditepuk kuat sambil tergelak lagi.

"He's so dumb!"

Yejun memerhati sahaja tingkah laku gadis itu. Sambil itu, tangannya ligat bergerak untuk cuba meleraikan ikatan tangannya. Setelah beberapa minit dia mencuba, akhirnya Yejun berjaya juga meleraikan ikatannya.

Yejun melihat ke arah Jinae. Nampaknya gadis itu sedang kusyuk menonton video di telefon pintarnya. Yejun menghela nafas. Batang besi berdekatannya dipandang.

"Where are you going?"

Yejun yang baru sahaja mengangkat punggungnya sedikit terus terduduk semula usai Jinae menyoal. Spontan kepalanya tertoleh ke arah Jinae. Gadis itu masih lagi melihat skrin telefon. Adakah dia ternampak Yejun?

"Yah! Ke kiri lah! Tet!"

Melihatkan Jinae memberi komen pada video yang ditontoninya, Yejun kembali berhati-hati dan cuba mencapai batang besi berdekatannya.

"Hoi!"

Sekali lagi dia terduduk apabila Jinae menjerkah. Apabila dilihat, Jinae masih lagi fokus menonton video. Ingin sahaja Yejun mencarut. Haish!

Yejun melihat ke arah batang besi. Kali ini, sepantas kilat dia cuba mencapai benda itu. Jangan peduli apa yang Jinae katakan!

"Wooooo!"

"Ha padan muka!"

"HAHAHAHHAHAHA!"

Yejun terus terduduk semula apabila Jinae mula tergelak seperti seorang gila. Habis ditampar sofa yang didudukinya. Yejun menyorokkan batang besi di belakangnya. Baiklah, dia akan pukul Jinae dan lari dari sini!

"Aigoo!"

Melihatkan Jinae menggolekkan badannya di atas sofa dan bergerak membelakangi Yejun, terus Yejun merembat peluang ini dengan berlari ke arah Jinae. Batang besi diangkat tinggi. Dia tak kisah Jinae nak pengsan ke nak cedera ke nak mati ke, yang penting sekarang ialah nyawanya! Yejun memegang erat batang besi, bersedia memukul sekuat hatinya. Tanpa membuang masa laju batang besi dihayun.

"Mwohae?"

Nampaknya, apa yang Yejun rancang hanyalah berjaya di dalam imaginasinya sahaja. Fikirnya dia akan berjaya memukul Jinae dan sebagai seorang watak utama dalam cerita filem, dia berjaya melarikan diri oleh si penculik. Namun begitu, gerakannya begitu lambat di dunia realiti. Apabila Jinae menggolekkan badannya menghadap Yejun, Yejun terus terkaku bersama batang besi yang diangkat tinggi.

"Uh..." Terkelip-kelip Yejun memandang ke arah Jinae. Batang besi dilepaskan sehingga terhasil bunyi kuat apabila besi itu terjatuh ke atas lantai. Terus Yejun meregangkan tangannya.

"Bersenam."

Jinae menayang wajah jengkel. Pistol diambilnya dari bawah punggung dan terus ditekan pada perut Yejun.

Coincidence  [ ✔ ]Where stories live. Discover now