"La di da di da~"
Aku membetulkan rambut hadapanku berbantukan cermin di hadapan. Uyo cantiknya aku. Usai yakin dengan diri yang sememangnya cantik kebaboom, aku keluar dari kereta ini. Sempat rambut diflip sedikit. Acewah.
Kunci kereta tidak lupa ditekan agar kereta teksi berjenama Sedan itu berkunci. Ya, kereta teksi. Tak sangka gadis secomel aku jadi pemandu teksi kan?
Ini semua hasil daripada appa aku yang mempunyai semangat dedikasi, bertanggungjawab dan sifat amanah yang sangat tinggi sebagai seorang pemandu teksi. Disebabkan appa sakit kaki sebab tersadung Kookie masa tengah bersihkan longkang belakang rumah semalam, appa tak mampu nak jayakan perkhidmatan menghantar orang ke rumah ni.
Lalu aku sebagai seorang anak sulung yang berbaik hati, berkasih sayang dan bertoleransi, menolong appa aku dengan menjadi seorang pemandu teksi pada hari ini supaya jumlah hari kerja appa tidak terjejas dan appa tidak dimarahi oleh pihak atasan kelak.
Okay takdelah. Appa yang suruh. Dia ugut nak sembelih Kookie dan buat dia jadi arnab percik kalau aku tak setuju. Hiks, Kookieku...
Jadi begitulah kisahnya. Ala aku pun terpaksa setuju demi Kookie yang disayangi. Walaupun ini semua berpunca daripada Kookie sendiri. Siapa suruh main tepi longkang. Memang patut dia dijadikan arnab percik.
Apa-apa pun, aku memang tengah free sekarang ni. Maklumlah menganggur je. Ha tak baik fikir macam-macam! Aku dah cari kerja eh! Merata tempat aku cari! Tapi apakan daya, Seoul ialah sebuah tempat yang sangat sesak dan peluang pekerjaan di sini adalah rendah lagi-lagi untuk seorang gadis yang berpendidikan tidak luar biasa seperti aku ni. Kesimpulannya, belajar gais. Korang akan menyesal kalau tak belajar.
Selain tidak bekerjaya, aku pun seorang gadis comel yang tidak bersuami. Hiks, sendu betul hidup aku. Kalau tak bekerja tapi ada suami takpelah juga. Hm takpe. Jodoh itu di tangan Tuhan. Huhu.
Setelah membazirkan kira-kira 3 minit dan 21 saat termenung di luar kereta, akhirnya aku mengatur langkah masuk ke dalam Masam Mall. Tak tipu, bau mall ni memang masam. Masam semasam namanya. Mengingatkan aku pada ketiak aku sendiri.
Sebenarnya aku singgah sini kejap sebab bosan. Berapa lama aku tunggu pelanggan dalam kereta tu, tapi hampeh, takde sekor pun yang nak cuba service aku ni. Aku perati je teksi lain yang asyik berlalu pergi. Apalah nasib aku ni.
Sekarang nak pergi mana? Aku terdiam seketika di situ, ingin memikirkan arah tuju. Sekali imbas aku seperti sebuah tugul emas yang dipagari oleh semak-samun di sekelilingnya. Ramai betul orang dalam mall ni ya.
Akhirnya aku memutuskan untuk membeli beberapa keping biskut yang dijual di salah sebuah kedai di situ. Tak boleh shopping sakan sangat, kena sedar diri ni pemandu teksi.
"Selamat datang," kehadiran aku disambut ramah oleh pekerja kedai ini. Aku tersenyum nipis dan mula melihat-lihat aneka biskut yang ada. Nampak sedap-sedap belaka. Kecur liur aku tengok.
YOU ARE READING
Coincidence [ ✔ ]
Humor❛❛ Kau hilang jejak van tu, kau hilang nyawa kau. ❜❜ Apabila seorang gadis pabo berjumpa dengan seorang mafia. [ # ] cover design by @ATHENDERY-99 © 2023