ೃ⁀➷ 24 :: e 'ˎ˗

4 1 0
                                    

"Eo?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eo?"

Aku melihat sekeliling. Kenapa pantai ni macam kosong je? Tadi Jinae cakap harini ada telur berpenyu. Maksud aku, penyu bertelur.

Rambut yang menggerbang ditiup angin aku selak kasar. Eyy rambut ni. Habis termasuk dalam mulut aku. Patutkah aku botak je?

"Jeogiyo," melihatkan seorang lelaki berbaju pengawal berdekatanku, cepat-cepat aku menggamitnya. Pengawal itu menoleh lalu tersenyum memandangku.

"Saya ada terbaca yang harini ada penyu bertelur. Tapi kenapa..." Sengaja aku tidak menghabiskan ayat dengan melihat sekeliling. Pengawal itu turut sama berbuat demikian.

"Ah... Musim penyu bertelur bukan sekarang. Tunggu tiga bulan lagi ya," ujar pengawal itu. Aku cuba mengawal mulut yang ingin ternganga. Tiga bulan?!

"Ah nae. Kamsahabnida," ujarku dan menundukkan badanku. Apak ah. Maklumat palsu mana yang Jinae percaya ni? Berasa tidak puas hati, aku membuka aplikasi Instagram dan menekan DM dari Jinae. Jinae ada hantar pada aku semalam, tapi aku pulau dia hokhok.

Betullah. Post tu cakap harini penyu bertelur kat Jeju. Tanpa berlengah aku menekan ruangan komen. Di situ, habis bersepah komen yang mengatakan post ini adalah palsu.

Ya ampun. Nak je aku hempuk kepala Jinae sekarang.

Dengan rasa tidak puas hati, cepat-cepat aku laporkan post tersebut dan juga pemilik akaun kepada post itu. Ha sebarkan lagi berita palsu. Jinae pun tak selidik dulu!

Aku melihat sekeliling pantai ini. Hmm...

Aku datang sini nak tengok penyu, tapi banyak pula manusia berpasangan kat sini. Aku sekor je yang lonely. Patutkah aku ajak pengawal tadi jalan sama-sama?

Malas ingin menambah rasa single dalam diri, aku berkeputusan untuk naik semula ke bilik. Sambil berjalan, sempat juga aku menyanyi perlahan. Kalau ada Jinae mesti bising. Maklumlah, aku kalau dengan member sekepala, memang dah tak tahu malu.

"Ah mwoya,"

Aku menahan geram melihat lif yang tertampal tulisan "ROSAK" di situ. Kepala aku garu. Lif ni sengaja buat hal ke? Tadi kitorang naik bilik guna lif okey je. Aku keluar tak sampai setengah jam dah rosak. Haih.

Nak tak nak aku kena guna tangga juga. Nasib juga Minwoo oppa tempah bilik kat tingkat dua. Takdelah lenguh mana berjalan. Bak kata oppa, prepare for the worst!

Aku memaksa kakiku berjalan ke arah tangga. Pintu aku buka. Namun begitu, langkahku terhenti apabila terdengar seseorang berbicara.

"Yes. JK,"

Spontan aku menyorok di balik tangga. Telinga aku korek. Aku salah dengar ke? Orang tu mention nama Jungkook?

"JK bercuti dengan girlfriend dia kat sini?"

Coincidence  [ ✔ ]Where stories live. Discover now