ೃ⁀➷ O9 :: , 'ˎ˗

7 1 0
                                    

"Yejunku sayang~"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yejunku sayang~"

"Ala baby baby~"

"Ala ucukku sayang~"

"Yejunnieeeee~"

"Babysayang~"

"Eeee geli! Jijik! Pergi!" Yejun akhirnya melepaskan kemarahannya dengan menolakku pergi. Aku mencebik kecil. Bukannya pergi, aku malah semakin mendekatkan diri dengannya.

"Ala Yejun! Jom lah!"

"Pergi lah sendiri," balas Yejun selamba. Aku memandangnya dengan geram.

"Ala jom lah! Kalau noona kena culik dengan orang jahat macam mana?" soalku. Ketahuilah orang jahat yang aku maksudkan tu tak lain tak bukan hanya seorang sahaja. Trauma aku nak sebut nama dia hiks.

"Takdenya. Noona tak laku. Takde orang nak," ujar Yejun. Eh biadap! Aku mencapai bantal sofa dan terus membalingnya ke arah Yejun. Innalillah tersasar.

"Jom lah! Noona lapar!" marahku. Sumpah aku lapar. Eomma dengan appa pergi melawat kawan lama diorang dekat hospital di Jeju. Eomma cakap alang-alang tu nak honeymoon sekali, itu yang aku dengan Yejun tak dibenarkan untuk ikut sekali huhu.

"Lapar masaklah," senang sahaja Yejun memberi serangan balas. Budak ni! Dia tak tahu yang aku dah cuba untuk masak pizza kat dapur! Tapi resepi yang ada kat Internet tu resepi sampah, sebabtu pizza aku pun dah selamat berada dalam sampah sebab hangus.

Bukan salah aku dia hangus! Semua salah lagu Solo. Lagu tu membuatkan aku terlalu syok dan kusyuk berjimba sampai leka dan lalai daripada melaksanakan tugas aku untuk memeriksa pizza buatan sendiri. Resepi tu pun bersalah juga. Dia tak bagi warning untuk tak pasang lagu Solo supaya lebih fokus! Membazir masa satu jam lebih aku.

Aku boleh je masak benda lain, tapi aku dah penat dan aku nak makan pizza sekarang!

"Yejun, jom lah. Noona nak makan pizza. Tapi noona takde teman. Yejun nak ke pekerja kedai tu tackle noona nanti? Yejun nak ke noona diapa-apakan sebab kecantikan noona yang menurun dari eomma ni? Yejun sanggup ke jadi penyebab noona jadi macam tu?" soal aku dengan nada melankolik. Yejun memandang aku dengan sebelah mata.

"Dusta itu semua. Macam Yejun tak tahu noona nak suruh Yejun bayar,"

"Alaaa!" Aku mula berasa tidak puas hati apabila motifku diketahui. Tangan aku naik memukul badan Yejun beberapa kali.

"ALA JUN JOM LAH JOM LAH JOM LAH JOM JOM JOM LAHHHH!"

"Appoooo!" Yejun meraung sakit seraya menahan tangan aku daripada memukulnya. Tahu pun pukulan aku berbisa! Melihatkan Yejun ingin melakukan serangan balas, cepat-cepat aku berlindung di sebalik bantal.

"Ha dayus!"

"Noona pukul Yejun tak dayus pula!" marah Yejun tidak puas hati. Aku membulatkan mata.

"Perempuan mana pernah dayus!"

Coincidence  [ ✔ ]Where stories live. Discover now