"EOMMAAA!" Terjerit terus aku apabila tembakan bertubi-tubi dilepaskan oleh penumpangku. Disebabkan terkejut tahap babun, aku secara tidak sengaja telah memusingkan stereng kereta ke tepi. Tergolek terus manusia di tempat duduk belakang. Cepat-cepat aku betulkan semula pemanduan.
"Yah!" Marah lelaki ini. Aku mengetap bibir. Siapa suruh kau tembak banyak sangat?! At least bagi lah warning!
"Joesonghabn— EH EH."
Terpinga-pinga aku jadinya apabila van putih tadi secara tiba-tiba memperlahankan kelajuannya untuk menyamai kelajuanku. Kini, kenderaan kami berdua sudah berada bersebelahan. Dapat aku lihat seorang lelaki di dalam van itu mengangkat keningnya ke arah kami.
"Yow, JK!"
"Tet!" Lelaki yang namanya JK itu menjerit geram. Fuh dengan sepenuh hati dia mencarut dekat lelaki tu. Lelaki di dalam van putih itu tergelak kecil bersama geng-gengnya. Entah apa yang lawak aku pun tak tahu. Unik sungguh humour sense dia.
Usai habis tergelak, lelaki itu selamba sahaja mengeluarkan senapang yang digunakan untuk menembak kereta polis tadi. Membulat mata aku yang sedang memerhati. Dalam diam aku bersyukur kerana senapang itu diacukan ke arah JK dan bukannya aku sjhsjhsjhsjsj
"Say life's a tet but mine's a movie!"
"Oh tet—"
BANG!
"AHHHH!"
Sumpah aku cakap, kejadian ini berlaku hanya dalam sekelip mata. Lelaki di dalam van itu secara tiber menyanyikan lirik dari lagu WhitePurple yang bertajuk Forever Old, JK mencarut dan bunyi tembakan kedengaran diikuti dengan bunyi jeritan mak nyah aku sebab AKU TERKEJOT LA WOI KUAT NAK MAMPUS BUNYI DIA RASA CAM NAK PECAH JE GEGENDANG TELINGA AKU NI
"Awak okey?!" Kuat aku bertanya dek ingin melawan bunyi angin kuat yang terhasil disebabkan tingkap yang dibuka tadi. Cermin pandang belakang aku tilik. Takde orang. Weh dia dah kena tembak ke.
"Urgh..."
Dari situ kelihatan sebiji kepala sedang bergerak-gerak dari bawah tempat duduk. Fuh, dia menyorok rupanya. Aku menghembus nafas lega. Eh sat, kenapa aku kena lega. Bukankah aku patutnya lega kalau dia kena tembak?!
"Woi perempuan! Tingkap ni tak boleh tutup ke?!" soal JK kuat. Dapat aku lihat dia sedang cuba untuk menutup tingkap yang terbuka sedari tadi.
"Tak boleh lah lelaki! Tingkap tu rosak!" Aku turut menguatkan suara. Dalam diam aku cuba memperlahankan kelajuan agar bunyi angin yang terhasil menjadi sedikit kurang bingit. Van putih di sebelah turut sama memperlahankan kelajuan bagi mengekalkan posisi bersebelahan kami. Eh dia ni, tahu lah dah terpikat dengan aku—
BANG!
"WARGH!" Sekali lagi aku hampir hilang kawalan mendengar bunyi itu. Argh aku takkan boleh biasakan diri dengan bunyi tembak-tembak ni! Aku menoleh ke tepi buat seketika lalu kelihatanlah kelibat lelaki bersenapang tadi sedang mengacu senapangnya pada JK di belakang.
YOU ARE READING
Coincidence [ ✔ ]
Comédie❛❛ Kau hilang jejak van tu, kau hilang nyawa kau. ❜❜ Apabila seorang gadis pabo berjumpa dengan seorang mafia. [ # ] cover design by @ATHENDERY-99 © 2023