"Huh, huh!"
Haneul melabuhkan bontot dengan kasar ke atas bangku. Botol air dibuka kasar dan diteguk rakus. Peluh di dahi dikesat.
"Panasss!"
Langit kelihatan sungguh biru pada hari ini. Burung-burung berkicauan di awal pagi. Bunga-bunga kembang dengan cantik sekali. Udara pada hari ini terasa sungguh segar. Indah sungguh dunia.
Namun keindahan yang dirasai Haneul terus musnah dengan bebelan oleh Puan Kang. Entah apa yang merasuki Puan Kang, barangkali dia baru sahaja datang bulan. Habis semua ahli keluarga Haneul dimarahi olehnya!
Yejun yang bangun paling awal ialah yang pertama menerima bebelan Puan Kang. Wajahnya yang baru sahaja dibelasah beberapa hari yang lalu dijadikan topik utama. Katanya Yejun perlu mendaftar kelab mempertahankan dirilah, memalukan diri dan maruah keluargalah, Yejun masih tidak mempunyai kekasih dan banyak lagi.
Setelah itu Encik Kang pula yang dihentam oleh Puan Kang. Antara isi bebelannya ialah mengenai Encik Kang yang tidak pernah membantunya membuat kerja rumah dan hanya tahu makan sahaja, kemudian Puan Kang mengugut untuk memancitkan tayar teksi Encik Kang apabila suaminya itu membalas.
Haneul ialah mangsa terakhir, dan yang paling malang sekali. Disebabkan dia tidur terlebih nyenyak dan tidak menyahut apabila dipanggil, Puan Kang telah menerjah masuk ke dalam biliknya bersama pakej ketukan di kepala. Isu Haneul yang masih menganggur dan tidak bersuami diungkit olehnya. Selepas itu, Haneul terus dipaksa untuk mencari kerja oleh ibunya.
Itulah sebab Haneul berada di sini. Berpanas-panasan demi mencari kerja untuk kepuasan ibunya.
"Huhu, dalam banyak-banyak hari kenapalah mesti harini juga?" keluh Haneul dan mendongakkan kepala ke atas. Hari pertama ibunya datang bulan adalah waktu yang paling menyeramkan buat mereka sekeluarga. Nasib baik juga hari tersebut hanya datang sekali sebulan.
"Ark, silau," Haneul pantas menundukkan semula kepalanya apabila sinaran matahari memancar ke retina matanya. Haneul melihat sekeliling sambil mengibas dirinya dengan fail yang dibawanya.
Zaman sekarang juga susah untuk mencari kerja. Setakat ini, sudah hampir 20 tempat yang Haneul kunjungi. Namun begitu, tiada satu pun yang mencari pekerja baharu, biarpun seorang pembersih tandas.
"Argh jinjja. SHSHSSHSGHS!" Haneul mengusutkan rambutnya dengan geram. Botol air dipegang lalu Haneul berdiri tegak.
"Baiklah. Demi eomma yang tersayang, mari kita teruskan perjelajahan!"
Haneul mengambil setapak ke hadapan dan kembali terduduk di atas bangku.
"Ah, nantilah. Nak berehat sekejap,"
Haneul mengambil telefonnya di dalam poket dan membuka aplikasi KakaoTalk.
jin segala jin 😈💘
HI BABE
KO KAT MANA
YOU ARE READING
Coincidence [ ✔ ]
Humor❛❛ Kau hilang jejak van tu, kau hilang nyawa kau. ❜❜ Apabila seorang gadis pabo berjumpa dengan seorang mafia. [ # ] cover design by @ATHENDERY-99 © 2023