"Well, well,"
Tomato bersuara sejurus dia melihat kelibat Jungkook berjalan memasuki gudang kecil ini. Jungkook beriak selamba sahaja menuju ke arah mereka. Langsung tiada gentar yang ditunjukkan walaupun dia hanya berseorangan dan mereka pula berkumpulan.
"Datang pula kau ke sini?"
"Daripada kau buat hal dalam mall tu," ujar Jungkook. Tomato berdecit kecil.
Sebenarnya, Jungkook sedang berkunjung ke Masam Mall untuk membeli beberapa helai baju. Hari ini dia tiada kerja dan berniat untuk berjalan-jalan sahaja. Namun begitu, dia telah menerima amaran daripada salah satu musuhnya yang mengatakan bahawa dia akan diserang sekiranya tidak bertemu mereka di gudang ini.
"Aku datang dengan aman harini. Takde pergaduhan,"
"Cakap je lebih," komen Jungkook. Tomato menghela nafas. Cuba menyabarkan diri kerana bosnya telah memberi arahan untuk tidak menghabiskan tenaga pada JK disebabkan mereka ada misi yang lebih penting sebentar lagi.
"Kalau kau tak bagi apa yang W nak, girlfriend kau akan terima akibatnya."
W. Sebuah nama yang tidak asing lagi bagi Jungkook. Sudah semestinya, berada di dalam industri yang gelap ini, Jungkook akan mendapat ramai musuh. Namun begitu, W merupakan musuh utama dan terbesar baginya. Satu-satunya musuh yang berjaya menimbulkan gentar dalam hati Jungkook suatu masa dahulu.
Tetapi ianya tidaklah selalu, kerana W lebih banyak menghantar orang suruhannya berbanding dia sendiri yang pergi menemui Jungkook.
"Aku takde girlfriend, tet," ujar Jungkook. Sempat dia menggulingkan biji matanya. Tak bolehkah mereka siasat dahulu sebelum mempercayai berita dari Hamster itu secara bulat-bulat?
"Teruskan penafian kau. Girlfriend kau tetap berada dalam pengawasan W walau apa pun yang kau cakap,"
"Fine. Sampaikan reply aku pada dia," arah Jungkook. Tomato mengangkat kening, menunggu ucapan dari Jungkook. Jungkook tersenyum sinis.
"Try me, pengecut,"
"APA?!" soal Tomato kuat, jelas menunjukkan bahawa dia terasa dengan kata-kata Jungkook. Jungkook pula santai sahaja memusingkan badannya dan berjalan pergi. Namun begitu, sepantas kilat dia bergerak ke tepi untuk mengelak serangan yang dibuat oleh Tomato dari belakang. Jungkook kini bersedia dengan seni mempertahankan dirinya.
"Tadi kau cakap kau datang dengan aman?" perli Jungkook. Tomato merengus kecil. Nampaknya tenaganya akan sedikit terbazir untuk mengajar Jungkook erti hormat-menghormati.
"Kau fikir kau hebat sangat, JK?"
"Stupid tet. Then what explains why I'm here alone and not with my men?"
"Kau!"
Dengan itu, Tomato melancarkan penumbuknya pada Jungkook. Jungkook pantas menghalang dan melancarkan sepakan ke perut Tomato. Melihat Tomato rebah ke tanah, barulah anak-anak buahnya yang lain mula bertindak menyerang Jungkook secara berjemaah.
YOU ARE READING
Coincidence [ ✔ ]
Humor❛❛ Kau hilang jejak van tu, kau hilang nyawa kau. ❜❜ Apabila seorang gadis pabo berjumpa dengan seorang mafia. [ # ] cover design by @ATHENDERY-99 © 2023