ೃ⁀➷ 23 :: d 'ˎ˗

5 1 0
                                    

"Eoo, nak balik dah,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eoo, nak balik dah,"

Di dalam sebuah monorel yang sesak, kelihatan Yejun turut sama berdiri di tengah-tengah himpitan orang ramai. Beginilah lumrah apabila pulang kerja dan tidak mempunyai kenderaan sendiri. Maklumlah, keluarga Yejun hanya mempunyai kereta teksi Encik Kang sahaja sebagai pengangkutan sendiri, walaupun sering kali dihantar ke bengkel untuk dibaiki.

Yejun mencebik kecil mendengar kata-kata Haneul di talian. Hari ini merupakan hari lahir Kookie, jadi Haneul menggesa Yejun untuk pulang secepat mungkin.

"Ha ye. Memang Yejun pun yang pandu monorel ni,"

"Tumpang lalu,"

Yejun lantas memberi laluan apabila seorang wanita ingin bergerak untuk keluar dari monorel itu. Yejun memandang stesen di bahagian atas monorel. Nampaknya ada lima stesen lagi sebelum dia tiba di rumah. Mengapalah monorel begitu sesak hari ini?

"Ceh. Yejun tak pabo macam noona. Nasib baik Yejun call Jungkook hyung secepat mungkin haritu, kalau tak mesti noona dah arwah,"

Yejun tersenyum kecil dengan gelagat Haneul di talian sebelah. Namun begitu, cepat-cepat senyumannya dihilangkan, takut dia dilabel gila oleh sesetengah mak cik bawang.

"Arraseo. Bye!"

Akhirnya Yejun memutuskan talian dan meletak kembali telefonnya di dalam poket. Dek tiada apa yang boleh dilakukan, dia hanya mampu melihat sekeliling sahaja. Sedang dia termenung, tiba-tiba sahaja tubuhnya dirempuh oleh seseorang.

"Alamak. Joesonghabnida!" Lelaki yang merempuh Yejun secara tidak sengaja langsung meminta maaf. Yejun tersenyum kecil, lalu sekali lagi lelaki itu hilang kawalan dan hampir terjatuh. Mujur Yejun sempat menahan tubuh lelaki itu.

"Hati-hati encik. Um, encik boleh pegang tangan saya," tawar Yejun bersama senyuman. Lelaki itu menundukkan badannya.

"Kamsahabnida!"

Lelaki itu kemudian bertindak memegang tangan Yejun yang sedang berpaut pada pemegang di atas. Disebabkan keadaan yang sesak, tiada lagi pemegang yang tinggal. Semuanya sudah dipegang oleh orang. Sebab itulah Yejun berbaik hati menawarkan tangannya sebagai pemegang.

Yejun kembali melihat sekeliling sambil termenung. Tanpa sedar, lelaki yang memegang tangannya itu sudah tersenyum sinis dalam diam. Perlahan-lahan, tangannya diangkat lalu masuk ke dalam poket seluar Yejun.

"Aduh, aduh!" Lelaki itu sekali lagi berlakon seperti hilang keseimbangan dengan mendekatkan tubuhnya dengan Yejun. Yejun yang tidak sedar pula langsung membantu lelaki itu.

"Maaflah. Saya ni tak sihat mana, susah nak berdiri lama,"

"Gwaenchanayo," balas Yejun sambil tersenyum. Lelaki itu pula sudah bersorak dalam diam. Dompet Yejun di tangan dia lihat. Assa!

Sementara itu pula, kelihatan seorang perempuan sudah menayang riak tidak percaya melihat pencuri itu berlakon tidak bersalah. Dia juga berada di dalam monorel itu dan menyaksikan segala perbuatan tidak beradap pencuri itu. Dengan geram, dia bangkit dari duduknya dan menuju ke arah mereka.

Coincidence  [ ✔ ]Where stories live. Discover now