"Are you ready?!"
"Yesh!" Bersemangat pasangan sejoli itu menyahut. Haneul mengangguk kepala. Cermin mata hitamnya dibetulkan.
"Misi utama kita adalah untuk membebaskan Jungkook! Kita mesti buat apa-apa saja untuk masuk dalam mahkamah tu dan sebarkan kebenaran!"
"Aye aye captain!"
Yejun dan Sarang di hadapan Haneul pantas mentabik. Haneul melihat sekeliling. Pendrive dimasukkan ke dalam poketnya.
"Kalau korang dah bersedia, jom pergi!"
"Ayuh!"
Berarak tiga manusia itu menuju ke bilik mahkamah yang menempatkan perbicaraan Jungkook sekarang ini. Setiap kali berselisih dengan orang, terus mereka buat-buat ketawa untuk menutup tujuan mereka datang ke sini.
Masih ingat apa yang Jinae katakan sewaktu Yejun diculik dahulu? Ya, mereka telah berkeputusan untuk melakukan seperti yang disuruh Jinae. Dengan duit Sarang yang berkepuk-kepuk, sudah pastilah mereka dapat mengupah penyiasat dengan mudah.
Sebenarnya, perbicaraan Jungkook adalah tiga minggu yang lalu. Namun begitu disebabkan mereka masih tidak mendapat maklumat untuk membuktikan Jungkook tidak bersalah, mereka dengan sengaja membuat onar di mahkamah itu lalu perbicaraan Jungkook dianjakkan.
Nampaknya mereka benar-benar bersungguh ingin membebaskan Jungkook. Maklumlah, pada perbicaraan yang pertama, mereka telah membawa masuk seekor lebah ke dalam bilik mahkamah! Apa lagi, menjerit semua hadirin di situ. Para juri cuba menenangkan keadaan, namun mereka pula yang disengat lebah itu. Oleh demikian, Sarang telah diharamkan masuk ke dalam mahkamah selepas ini, disebabkan dia yang melepaskan lebah itu.
Pada perbicaraan kedua pula, mereka lebih berhati-hati dalam perancangan. Oleh itu, mereka telah meletakkan ubat tidur ke dalam botol air lalu Yejun telah menyamar menjadi seorang pekerja dan mengedarkan botol itu kepada mereka. Disebabkan ubat tidur itu berdos kuat, maka kesemua juri telah tertidur selama sehari! Namun begitu, tidak disangka pula mereka semua mengingati wajah Yejun. Apa lagi, Yejun juga telah diharamkan daripada menjejakkan kaki ke mahkamah!
Pada perbicaraan yang ketiga pula, Haneul bergerak solo. Dengan arahan Sarang, Haneul telah berjaya menyelinap masuk ke dalam bilik yang menempatkan bahan bukti kes Jungkook. Dengan licik, dia telah menukarkan segala dokumen dengan kertas-kertas yang mencetak lirik lagu BLACKPINK. Pendrive pula ditukar dengan pendrive yang menempatkan filem kanak-kanak.
Sudah semestinya berlaku kekecohan di dalam mahkamah semasa perbicaraan Jungkook berlangsung. Para juri juga tiada pilihan selain menangguhkan perbicaraan Jungkook lagi buat seminggu. Apabila Jungkook melihat ke arah Haneul di antara hadirin yang lain, lantas Haneul memasang wajah tidak bersalah. Dan disebabkan tidak mahu tertangkap, mereka kembali meletakkan bahan bukti itu di hadapan pintu mahkamah keesokan harinya.
YOU ARE READING
Coincidence [ ✔ ]
Humor❛❛ Kau hilang jejak van tu, kau hilang nyawa kau. ❜❜ Apabila seorang gadis pabo berjumpa dengan seorang mafia. [ # ] cover design by @ATHENDERY-99 © 2023