ೃ⁀➷ 31 :: t 'ˎ˗

5 1 0
                                    

"Haneul?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haneul?"

Jungkook juga tampak terkejut melihat Haneul di situ. Cepat-cepat pistol ditariknya semula.

"Kau buat apa kat sini?" soal Jungkook terkejut. Terkelip-kelip Haneul memandang Jungkook.

"Saya yang patut tanya—"

Belum sempat Haneul menghabiskan ayatnya, tiba-tiba sahaja gedung itu dimasuki beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam. Tanpa sempat berbuat apa-apa, mereka semua berlari ke arah mereka berdua untuk menyerang.

"Ahh!" Haneul pantas melarikan dirinya berdekatan dinding. Apabila dilihat semula, barulah dia sedar yang kesemua lelaki itu hanya menyerang Jungkook dan bukannya dirinya.

Cuak Haneul jadinya. Dia berlari ke arah mereka dan cuba memukul salah seorang dari lelaki tersebut, namun dia telah ditolak sehingga terjatuh. Bergelut Jungkook cuba bertarung dengan mereka semua.

"Ergh!" Jungkook mengerang kuat apabila dirinya disepak sehingga dia berlutut di situ. Kedua tangannya lalu diangkat dan wajahnya disepak berkali-kali oleh seorang lelaki.

"Jungkook!" Haneul pantas bangkit dan berlari ke arah Jungkook, tetapi dirinya ditarik oleh seseorang sehingga dia tersandar pada badan orang itu. Sebilah pisau diacu pada leher Haneul, buatkan gadis itu terus kaku.

"Hi there, JK. Or should I call you Jeon Jungkook?"

Minda Haneul bagaikan terimbas kembali pada waktu itu. Suara ini... Tidak sah lagi, ini suara musuh utama Jungkook, W! Tidak mampu mengawal dirinya, Haneul pantas mendongak ke atas memandang wajah W.

"O—Oppa—"

Membulat habis matanya melihat wajah yang amat dia kenali. Yoon Minwoo. Minwoo menundukkan kepalanya sedikit. Satu senyuman diberi sebelum dia menekan lagi pisau itu pada leher Haneul.

"Duduk diam-diam sayang,"

Haneul memejam matanya rapat apabila merasakan pedih yang amat di lehernya. Dapat dia rasakan cecair hangat mengalir di situ.

"Baru sekarang kau nak munculkan diri, pengecut?" soal Jungkook dan terbatuk kecil. Sejujurnya, dia juga terkejut melihat Minwoo di sini. Dia tahu bahawa Haneul amat rapat dengan lelaki itu. Tidak dia menyangka bahawa musuhnya berada begitu dekat dengannya.

"Of course. Terkejut kan?" soal Minwoo dan tergelak kecil. Haneul hanya mampu menahan rasa sakit apabila pisau itu terbenam lebih dalam ke lehernya. Penumbuk dikepal kuat.

"Honestly it was kinda' obvious. Minwoo. M kalau diterbalikkan jadi W. Tet betul korang ni," sekali lagi Minwoo tergelak. Jungkook berdecit kecil. Bagaimana pula dia ingin tahu jikalau dia langsung tidak mengambil kisah tentang hal itu?

"Kau. Aku tak sangka kau boleh tahan bijak juga. Dua kali kau gagalkan plan aku," ujar Minwoo tepat di telinga Haneul. Pisau ditekan lagi di leher Haneul. Haneul pula refleks menahan tangan Minwoo yang memegang pisau.

Coincidence  [ ✔ ]Where stories live. Discover now