ೃ⁀➷ 12 :: i 'ˎ˗

7 1 0
                                    

"Ashhsgdh—"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ashhsgdh—"

Sepantas yang mungkin, aku mengaktifkan brek kakiku untuk berhenti daripada melanggar manusia yang baru sahaja masuk ke dalam bilik. Alhamdulillah sempat berhenti. Kau fikir ni drama ke nak aku terhantuk kat dada dia?

Kepala aku dongakkan ke atas melihat wajah manusia yang baru sahaja masuk. Terus aku hembus nafas lega.

Jungkook!

Nasib baik bukan si Hamster berparut.

Jungkook tercungap-cungap mengambil nafas. Aku juga hanya diam berdiri di situ. Tak tahu nak buat apa. Aku boleh je tolak dia dan lari dari bilik ni sekarang, tapi aku rasa berada dalam bilik ni dengan dia lagi selamat daripada berada di luar dengan Hamster.

Setelah beberapa saat yang terasa seperti beberapa jam Jungkook menstabilkan pernafasannya, dia memandang tepat ke arahku. Hampir tercekik air liur aku di situ menerima pandangan sebegitu. Aku pun perasan ada kesan luka kat muka dia. Nampaknya dia tercedera.

SRETTT

Membulat mata aku apabila Jungkook menarik aku mendekatinya dan terus mengoyak lengan bajuku dengan begitu sahaja. Cepat-cepat aku tarik lengan aku dan mula menjauhinya. Weh, baju aku!

"Apa awak buat—"

Tak sempat aku ingin memarahinya, sekali lagi Jungkook dengan mengejut menarik aku mendekatinya. Tanpa sebarang kata, dia mengikat kain itu di kepalaku, menutupi bahagian hidung dan mulut aku. Apa ni, nak suruh aku pakai purdah ke? Tapi koyak lengan baju aku!

"Menyorok sekarang kalau kau tak nak mati."

Meremang bulu roma aku mendengar ayat itu. Sepantas kilat aku melihat ke sekeliling bilik. Weh, gila ke apa? Nak aku menyorok dalam bilik yang memang takde tempat untuk menyorok ni?!

"Aishhh!" Hampir sahaja aku mencarut di situ juga. Tanpa berfikir panjang, terus sahaja aku berlari ke arah timbunan meja dan kerusi buruk di tepi bilik. Menggunakan kuasa badan kecilku, aku merangkak masuk ke celah kerusi-kerusi buruk di situ. Dengan warna baju aku, aku dapat menyamar dengan elok di antara kerusi buruk ni. Sekarang aku kena diam!

Aku memerhati Jungkook dari celah kerusi. Nampaknya dia turut memandang ke arahku, namun selepas itu dia memusingkan badan ke arah pintu. Uih, dia nak buka pintu ke? Tapi Hamster—

"HIYARK!"

Tak sempat aku nak habiskan ayat aku, sejurus Jungkook membuka pintu, terus muncul seorang lelaki yang memberi tendangan terbang kepada Jungkook. Nasib baik Jungkook sempat mengelak. Aku yang melihat pun hampir ternganga. Apak ah, muka lelaki tu macam hamster duh. Lagi-lagi gigi dia.

Hm suara dia pun macam hamster. Aku tahu sebab aku pernah bela hamster masa kecik dulu. Yelah aku kecik dulu nakal sikit. Jadi aku boleh dengar hamster aku menjerit setiap kali aku cabut bulu— Oke dah, macam terlalu banyak info je yang aku kongsikan.

Coincidence  [ ✔ ]Where stories live. Discover now