Jisung melangkah kakinya menuju ke balkoni rumah dimana dia menanam beberapa jenis pokok. Jarinya yang runcing membersihkan sekitar pasu agar tiada tumbuhan lain yang tidak diingini.
Tanpa dia sedar, sepasang mata sedang memerhatinya. Gadis yang berada di sebelah balkoni memandang figura Jisung sambil tersenyum.
Suka benar dia dengan pokok.
Lalu telefon pintarnya diambil lalu dia mendail nombor lelaki itu. Beberapa saat kemudian, Jisung menjawab panggilan gadis itu.
"Tengok belakang." Arah gadis itu apabila Jisung menjawab panggilannya. Tanpa menunggu, Jisung memandang ke belakang.
Kelihatan gadis itu juga berada di balkoni dan melambaikan tangannya ke arah Jisung. Jisung membalas semula lambaian gadis itu.
"Kau dah makan ke belum?" Soalan pertama yang dituju oleh Jisung.
"Belum lagi. Kau dah makan ke?" Soal Mira sambil memandang wajah Jisung. Jisung menggeleng tanda belum makan.
"Jom keluar makan, aku belanja." Pelawa lelaki itu membuatkan wajah Mira terus bertukar bersinar.
"Cun, aku tukar baju kejap." Mira terus masuk ke dalam rumah semula untuk menukar pakaian.
Jisung menyimpan semula telefon pintarnya di dalam kocek seluar lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
Kelihatan Jiyeon yang baru keluar daripada bilik tidur dan sedang menuju ke dapur.
"Mama tak kerja ke hari ni?" Soal Jisung lalu dia mendekati wanita itu.
"Mama off day hari ni. Kenapa sayang?" Cawan yang berisi air suam diteguknya perlahan.
"Jisung nak pergi breakfast dengan Mira kejap. Mama ada nak kirim apa-apa ke?" Soal Jisung memandangkan wanita itu kelihatan agak kepenatan.
"Bungkus jelah untuk mama nanti. Apa-apa pun boleh. Ni duit ada ke?" Soal Jiyeon lembut.
"Duit ada, nanti Jisung belikan untuk mama."
"Okay sayang, jalan elok-elok." Sempat Jiyeon menitipkan pesanan buat anak tunggalnya. Jiyeon hanya memerhati gerak geri Jisung sehingga Jisung keluar dari rumah condominium mewah itu.
🦋🦋🦋
Jisung membawa dulang yang berisi makanan dia dan Mira. Bahagian Mira saja sudah melebihi separuh dulang tersebut.
Dasar penghabis duit yang tak bertauliah.
Jisung hanya mengikut langkah yang dibawa oleh Mira dari belakang. Gadis itu akhirnya mengambil tempat di tepi tingkap.
Dia suka meja yang berada di tepi tingkap. Sambil makan, sambil menghayati pemandangan pagi. Jisung membahagikan makanannya dan Mira.
Tanpa menunggu, Mira terus membuka plastik makanannya dan menyuap dengan penuh selera. Sos yang terkena dipipi Mira dibiarkan.
"Kau ni makan comot. Ubah sikit perangai buruk kau tu." Tukas Jisung sambil menghulurkan tisu buat Mira.
Mira mengambil tisu tersebut sambil menjegilkan matanya.
"Depan kau bolehlah aku makan macam ni. Kalau depan bakal husband aku, aku buatlah perangai elok." Kata Mira dengan makanan yang masih lagi penuh di dalam mulut.
Tisu yang diterimanya tadi dilap ke pipi. Satu lagi suapan memenuhi mulut Mira.
"Aku jadi husband kau baru tahu." Ujar Jisung perlahan.
"Apa dia?" Soal Mira semula yang betul-betul tidak dengar apa yang dikatakan oleh Jisung.
"Tu ada sos lagi dekat pipi kau." Dalih Jisung membuatkan Mira mengelap lagi sos di pipinya. Kerap-kerap sos ni nak datang menempek di pipinya.
Kemudian gadis itu menyambung semula aktiviti makannya sehingga ke titisan terakhir.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hear For You ✓
Ficção AdolescenteThank you for your existed in my life. • special dedicate to @pjssha • Start: 16 October 2021 End: 13 March 2022