Setelah kereta mak cik saudara aku pergi meninggalkan kawasan perumahan , aku masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat , yang merupakan rumah yang aku diami .
Rumah yang menyimpan banyak luka , dan tempat yang paling aku benci kerana di sini , semuanya bermula .
Amanda mula menaiki tangga sambil memandang telefonnya . Dia langsung tidak menghiraukan seorang lelaki yang turun tangga , sebaik sahaja berselisihan dengan sengaja lelaki tersebut melanggar bahunya hingga membuat nya terundur kebelakang sedikit .
Nasib nya baik kerana dia memegang telefon nya dan pemegang tangga dengan kuat , kalau tidak mungkin dirinya atau telefon akan terkorban .
" kau apahal hah " marah Amanda memandang belakang Amar yang terus turun tanpa mengendahkan dirinya yang sedang menahan marah .
Dia meneruskan langkah nya ke biliknya dan masuk ke dalam bilik . Dia terus menuju ke tingkap bilik dan memandang dari atas Amar bersama kekasihnya .
Sedang bermesraan sebelum masuk ke dalam kereta . " aku akan buat kau menyesal Amar kerana cari pasal dengan aku " luah Amanda menggengam erat langsir tingkap bilik .
bilik Amanda 🦋
******
Zaki yang baru selesai mandi mengelap rambutnya yang basah . Dia memandang bingkai gambar yang tergantung di dinding .
Gambar dirinya bersama kawan baiknya , Putri . Tiba tiba rasa sebak . Sudah 5 tahun berlalu .
Entah bagaimana khabar kawan baiknya seorang itu . " aku harap mama dan papa kau dah tak bergaduh Putri , kasihan kau siapa yang sudi pujuk kau kalau aku tiada " katanya sambil menggosok gambar Putri .
" aku akan cari kau Putri InshaAllah " katanya lagi dan dia termenung seketika .
" tapi , perempuan tadi mengingatkan aku pada kau putri " jika dia amati , wajah perempuan tadi mirip dengan Putri .
Tapi , takkanlah kau jadi kasar sebegitu , kau juga pernah kata dahulu kalau besar nanti kau akan tetap berhijab .
Malas berfikir panjang lagi dia keluar dari biliknya , ingin ke dapur mencari makanan .
****
bingit rumah tersebut dengan suara Amelia yang menengking suami nya Farid , dia mengekori Farid yang tidak mengendahkan nya dan mempedulikannya .
" FARIDDD , I CAKAP DENGAN YOU KAN " deras suara Amelia menggangu Amanda yang sedang mengulang kaji pelajaran .
Dia menutup buku nya , dia serabut dengan suasana rumahnya yang tidak tenang . Ada sahaja perkara yang mereka ingin bergaduh .
Dia yang mendengar sahaja sudah cukup penat , tapi mama dan papa nya selalu sahaja bergaduh .
Amanda mencapai buku buku dan telefon nya lalu dimasukkan ke dalam totebag. Dia keluar dari bilik . Dengan selamba dia melintasi kedua orang tuanya yang sedang bertengkar sambil menutup telinga .
" Putri , kamu nak kemana , kerja sekolah dah siap atau belum " jerkah Puan Amelia membuatkan Amanda berhenti .
" Putri dah takde , yang ada sekarang ialah Am - Amanda " jawabnya dingin dan meninggalkan puan Amelia yang mula membebel padanya.
Langsung dia tidak peduli , dia sudah penat dengan mamanya . Mamanya selalu ingin dia cemerlang tapi langsung tidak memahami dirinya yang juga mahukan perhatian .
××××××
sikit jelah , sorry and vote la before slide next chapter ❤️
YOU ARE READING
secret memories ♡︎
Novela JuvenilPutri Saffa Amanda×Zaki Rayyan " ramai orang punya keluarga , tapi tak semua punya keluarga bahagia " Dia , Putri Saffa Amanda seorang gadis yang bermasalah , dari satu sekolah ke satu sekolah dia ditukarkan hanya kerana kes disiplin . keluarga...