Siapa yang tidak kenal dengan Qistina Sofea , gadis yang gemar dengan media sosial . Dia sering melekat bersama telefon bimbitnya . Suatu hari , dia mendapat emel dari ' Sun ' . Jika diikutkan logiknya , ' Sun ' memberi maksud Matahari .
" Siapa pula hantar emel ni ? " getus hati kecil Qistina Sofea sambil memandang skrin telefon yang terpapar nama ' Sun ' . Emel itu tertera beberapa mesej oleh sang penyampai .
From : Sun
To : Qistina Sofea
Subject : First emelHi ! Assalamualaikum Fea !
How are you ? Long time no see ! I really miss you HAHAHA ....
Kau nak tahu tak apa maksud 'Sun' atas nama samaran aku ? Maksudnya , selagi nyawa dikandung badan , insyaallah aku akan menyinari hari-hari kau walaupun kau tak tahu siapa aku .Regards ,
SunTersenyum-senyum Qistina Sofea tatkala membaca ayat terakhir emel tersebut . Ya , ingin sekali dia tahu pemilik akaun itu . Dia ingin membalas emel tersebut tetapi ....
Tok ! Tok ! Tok !
Pintu biliknya diketuk meminta ingin dibuka . Dalam langkah malas , Qistina Sofea bangun ke arah pintu untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu biliknya bagai hendak pecah dibuatnya . Tatkala pintu dibuka , tersembullah wajah abang kesayangannya yang senyum seperti kerang busuk .
" Ada apa bang ? " tanya Qistina Sofea berjalan ke katilnya .
" Alah , Qis marah abang ke ? " usik Imran seraya tangannya laju naik memicit batang hidung yang mancung milik adiknya .
" Mana ada . Abang jarang masuk bilik Qis kecuali kalau ada perkara penting " kata Qistina Sofea yang mula mengalihkan tubuhnya berhadapan dengan abangnya .
" Kalau abang cakap abang nak kahwin , Qis percaya tak ? " duga Imran seraya memandang tajam adiknya inginkan jawapan .
" Percaya " balas Qistina Sofea pendek kepada soalan abangnya . Dia hanya percaya hanya 50-50 sahaja kerana dia tidak pernah melihat abangnya bersama mana-mana perempuan .
" Senangnye Qis percaya " balas Imran hairan dengan sikap Qistina Sofea yang mudah percaya begitu . Dia kenal sangat adiknya yang selalu mengambil berat tentang dirinya apatah lagi tentang kahwin . Ini mesti ada masalah kalau tak , dia tak macamtu . Getus hatinya perlahan .
" Yela , tapi siapa la gadis malang yang abang nak kahwin tu ye ? " sindir Qistina Sofea keras seraya meletuskan ketawa kerana dapat mengenakan abangnya .
" Hish , Qis ni . Tak baik cakap macamtu . Dia kawan sekerja abang " terang Imran mempertahankan bakal isterinya .
" Sorry la bang . Korang dah lama kenal ke ? " tanya Qistina Sofea inginkan kepastian . Dia tahu abangnya hanya mempunyai hanya seorang adik iaitu dia , untuk berkongsi segala isi hatinya .
" Adala dalam 4 tahun macamtu " jawab Imran sambil bibir mengukir senyuman seraya membayangkan wajah bakal isterinya yang cantik .
" Lama tu bang . Dia mesti cantik kan ? Bakal isteri abang nama apa ? " tanya Qistina Sofea ingin tahu nama bakal kakak iparnya .
" Mestila cantik baru padan dengan abang yang hensem ni . Nama dia Amalina " jawab Imran seraya meletuskan tawa . Qistina Sofea mencerlung abangnya tajam .
" Dahla . Keluar la bang takkan nak bertapa dalam bilik Qis ni . Ohya ! Qis nak keluar tau dengan Umaira " beritahu Qistina Sofea kepada abangnya berunsur untuk menghalau abangnya keluar .
" Yela yela " Imran mengalah dengan Qistina Sofea . Dia tidak mahu berdebat dengannya kerana dia tahu dia takkan menang . Ohya ! Lupa ! Perempuan mana pernah kalah kan ? HAHAHA ....
Sorry sebab chapter ni pendek je ... Imran nak kahwin dahla ... Alaaa ... Dahlah jom ke next chapter !
Vote and comment !!
YOU ARE READING
C | Andai Aku ✓
Romance꧁ first book ꧂ COMPLETED ✓ "kau sayang aku tak" - TE "keep it secret" - QS ....... "makin lama aku jauh dari kau makin blur eh" - TE "hello , yang blur ni jugaklah kau kejar kan?" - QS Dalam setiap kisah cinta , tak semestinya akan berakhir dengan k...