Special chapter 1

421 24 5
                                    

author buat special chapter ni khas sebab buku ni mencecah 2k reads ! enjoy !

---

"Yana ! Fino ! cepat ! Nanti lambat !" jerit Qistina Sofea yang sedang menyediakan sarapan buat anak-anaknya .

Eilfino dan Ayayna bergegas turun apabila mendengar panggilan dari mamanya .

"Kamu berdua ni , dahlah bangun lewat lepastu nak makan pun karang lambat . Mama tunggu dekat luar . Makan 5 minit je" bebel Qistina Sofea geram dengan sikap anaknya .

Seusai makan , Qistina Sofea menghantar anaknya ke sekolah manakala dia menuju ke tempat kerja di KFC .

Dia punch card terlebih dahulu sebelum memakai apron . Dia menjaga cashier dan pada awal pagi sebegitu , tiada ramai pelanggan .

Tiba-tiba , ting !

Bunyi loceng di pintu menandakan orang memasuki kedai tersebut . Pelanggan itu kelihatan mabuk . Qistina Sofea mula berasa tidak sedap hati .

"Y...Y...Ya , en...encik . Boleh saya bantu ?" tanya Qistina Sofea sebagai pembuka bicara dengan ramah sekali .

"Coke" ujarnya dengan keadaannya yang tidak stabil sambil terhuyung-hayang .

Qistina Sofea mengambil cawan lalu diletakkan di mesin air .

"Ni , encik . Harganya , RM2" ujar Qistina Sofea .

Lelaki itu mula mendekati wajahnya dengan Qistina Sofea . Disitu , dia sudah tahu bahawa lelaki itu benar-benar mabuk dek kerana bau arak yang menusuk ke rongga hidungnya .

"Cantik" pujinya lalu tangan lelaki itu ingin naik mengelus pipi gebu itu tetapi sempat ditepis kasar oleh Qistina Sofea .

"Hmm . Dah kahwin ke?" tanya lelaki itu yang masih belum sedar dari mabuk .

"Dah" jawab Qistina Sofea dan didalam hatinya berdoa agar rakan sekerjanya atau pelanggan yang lain masuk .

Lelaki itu mula memasuki pintu yang membahagikan antara kaunter . Qistina Sofea terundur ke belakang apabila lelaki itu mula mendekatinya .

"Nak lari mana , sayang hmm" ujarnya .

"Pergi !!!!" jeritnya . Lelaki itu semakin galak mendekati Qistina Sofea .

Dia menolak tubuh Qistina Sofea lalu tubuh kecil itu terjelepuk jatuh .

Lelaki itu mula duduk dalam keadaan mencangkung . Terukir senyuman jahat dibibirnya .

Dada Qistina Sofea mula berentak kencang .

"K...Kau n...nak ape hah?" tanya Qistina Sofea dengan suara yang sedikit meninggi .

"Aku nak..." nyata lelaki itu sebelum menyentuh lengan Qistina Sofea berlapikkan tangan panjang .

Tiba-tiba , ting !

Menandakan bunyi ada orang memasuki premis itu . Qistina Sofea tidak menunggu lama sebelum menjerit meminta tolong . Pipinya ditampar kasar oleh lelaki mabuk itu .

C | Andai Aku ✓Where stories live. Discover now