Beberapa tahun berlalu ....
Qistina Sofea melihat wajahnya di cermin . "Cantik juga aku" gumamnya . Tiba-tiba , wajah sang suami terpancar di cermin sedang tersenyum manis .
Tubir mata Qistina Sofea mula berlinangan air mata apabila rasa rindu itu menghantui jiwanya . Wajah itu , yang mampu buat dia terpaut .
Perlahan-lahan dia menyentuh cermin seolah-olah menyentuh wajah si suami . Dia teramat rindu akan suara dan senyuman sang suami . Pinggangnya terasa dirangkul . Dia menoleh dan melihat Tengku Eiril meletakkan elok dagunya di atas bahunya .
Bayangan itu hilang apabila Ayuni menegurnya .
"Qis , termenung apa lagi tu ? Kata nak pergi kubur . Jom la kang matahari meninggi panas pulak" tegur Ayuni seraya meninggalkan sepupunya .
Qistina Sofea menyeka air matanya menggunakan baju sebelum menapak turun ke bawah .
"SUPRISE !" jerit mereka di ruang dapur .
"Siapa masak ni?" tanya Qistina Sofea ingin tahu apabila melihat sarapan pagi kegemarannya .
"Mestilah Yana yang masak . Mama rasa laa" kata Ayayna dengan suara yang meleret . Qistina Sofea duduk di kerusi yang ditarik oleh anak keduanya , Eilfino .
Dia menikmati keenakan nasi lemak air tangan anak sulungnya .
"Sedapnyaaaa" katanya lalu menghadiahkan ciuman di pipi Ayayna .
"Tak nak suap abang ke?" tanya Imran manja yang menongkat dagu di sebelah Qistina Sofea .
"Mengada" balas Qistina Sofea lalu mencuit hidung abangnya manja .
"Mama , nak suap" kata Eilfino lalu menghalakan sudu ke arah mamanya . Qistina Sofea tidak menolak malah dia hanya mengangakan mulut .
"Dah dah la tu . Jom laa" rengek Ayuni .
"Eh , ada orang jealous laa" usik Qistina Sofea lalu tergelak kecil .
Sesampainya mereka di kubur , mereka menghadiahkan Yassin buat arwah Tengku Eiril .
Bacaan Yassin oleh Qistina Sofea terdengar amat sayu . Sudah menjadi rutin buat mereka untuk melawat kubur 1 kali seminggu setiap hari Jumaat .
Hati Qistina Sofea sebak tatkala membaca Surah Yassin . Banyak kali juga dia perlu berhenti apabila tubir matanya bergenang air mata .
Ayayna dan Eilfino yang melihat mama mereka begitu , terus tubuh itu dipeluk erat . Ayayna tahu mamanya teramat sayang akan papanya , Tengku Eiril . Walaupun Eilfino tidak pernah melihat wajah papanya , tetapi dari cerita kakaknya , dia tahu papanya seorang yang baik .
Mereka beredar setelah hampir 2 jam mereka di situ . Matahari mula meninggi dan membuatkan kawasan perkuburan tanpa bumbung itu agak sedikit panas .
-----
"Abang , Yuni , boleh explain tak apa yang jadi beberapa tahun lepas?" pinta Qistina Sofea . Memang dah lama ia terjadi tetapi baru sekarang dia rasa kuat untuk mendengar kebenarannya .
"Sufian tempah flight dekat aku . Lepastu , bila aku sampai resort dia...."
".... dah hancur dan satu je sampai dekat fikiran aku . Sufian dah pergi dari muka Bumi ni akibat dijilat api tapi aku silap , Qis" terjeda seketika apabila air matanya merembes laju apabila terkenangkan perkara itu .
"Waktu aku nak naik kereta balik , aku tersepak something . Bila aku tengok , ada pendrive dan aku sangat pasti ia milik si penceroboh . Aku ambil dan aku pasang dekat laptop . Bila aku tengok kebenaran tu , aku tak dapat nak tahan , Qis . Kau tahu kan , aku sayang dekat Sufian tu?" kata Ayuni panjang lebar .
YOU ARE READING
C | Andai Aku ✓
Romance꧁ first book ꧂ COMPLETED ✓ "kau sayang aku tak" - TE "keep it secret" - QS ....... "makin lama aku jauh dari kau makin blur eh" - TE "hello , yang blur ni jugaklah kau kejar kan?" - QS Dalam setiap kisah cinta , tak semestinya akan berakhir dengan k...