11

294 32 4
                                    

Sedang Tengku Eiril ralit bermain telefon bimbitnya , satu notifikasi datang dari seseorang yang bertanda 'unknown' . Eh jap ! Aku pernah save ke nombor ni ? Ah , lantaklah ! Dia merengus kasar sebelum membuka ruangan chat tersebut .

unknown

voice message

Selepas mendengar voice tersebut , dia merengus kasar sebelum memegang kepalanya yang sedang ligat berfikir untuk setuju atau tidak akan tugas baharunya atau lebih mudah misi seterusnya . Tatkala itu juga , seseorang menegurnya . Dalam keadaan serabut macam tu , manusia mana la tak marah kan ?

Haih , nasib la perempuan tetapi apabila dia mengangkat mukanya , terkejut beruk dibuatnya apabila melihat satu wajah yang amat dirinduinya . Dia mengetap bibir .

----

Hari yang dinantikan oleh Imran dan Amalina tiba juga akhirnya . Mereka sedang bersiap di bilik yang disediakan . Harini nak akad nikah je tapi yela kan , pengantin mana yang tidak mahu nampak seri di hari yang sangat bahagia ni kan?

"Abang , apa ni . Bersiap mengalah perempuan la" rungut Qistina Sofea sambil menjeling abangnya .

"Eh , biarlah" balas Imran pendek . Malas hendak berlawan kata . Tak pasal-pasal moodnya hilang kang .

"Huh" rengus Qistina Sofea dan berlalu pergi turun ke bawah di mana tempatnya abang dan bakal kakak iparnya akan sah menjadi pengantin nanti .

----

Cukup dengan sekali lafaz , Amalina telahpun sah menjadi isteri kepada Imran merangkap kakak ipar kepada Qistina Sofea dan menantu pada Puan Maria dan Dato' Mohammad .

Imran bergerak mendekati Amalina yang sedang duduk bersimpuh lalu dia mengambil tangan Amalina . Cincin yang dipegangnya disarungkan pada jari manis Amalina . Gebunya tangan isterinya . Gumam di dalam hatinya . Selepas itu , dia mencium ubun-ubun isterinya dengan lembut dan kasih sayang . Amalina dapat rasakan hembusan nafas yang panas dari sang suaminya . Membahang mukanya tatkala melihat Imran yang merenungnya dengan pandangan yang nakal .

"Ehem ... Kalau nak sweet buat dekat bilik bukan sini" bidas Qistina Sofea sebelum menjeling abangnya yang hanya tersenyum . Mana boleh nak masam kan?

"Yela ... tahula jeles" perli Imran pedas . Menusuk ke hati Qistina Sofea. Ya , dia tahu dia single huhu ...

Dari kejauhan , beberapa orang sedang melihat rumah itu menggunakan teropong . Mereka tersenyum melihat kegembiraan Imran yang bakal musnah dalam beberapa jam lagi .

----

Imran dan Amalina serta Qistina Sofea berada di luar bagi menggantikan Puan Maria dan Dato'Mohammad menghantar tetamu pulang . Mereka sempat berangan dengan memandang langit yang mulai gelap . Sang purnama pula sudah lama menjelmakan diri .

"Woi !!" sergah Imran lalu serta merta mati lamunan Qistina Sofea .

"Ape" tanya Qistina Sofea pendek . Kacau betullah .

"Jom masuk" ajak Imran dan Amalina serentak .

♫︎ boleh pasang video youtube tu sekian♫︎

Hanya beberapa langkah sebelum kaki mereka sampai di pagar utama rumah , rumah banglo itu meletup di hadapan mata mereka bertiga . Mereka tersentak sebelum Qistina Sofea ingin meredah lautan api tetapi Imran pantas menahan Qistina Sofea . Terbit juga rasa sedihnya .

Dalam rumah tu , bukan ada benda berharga untuk diratapi tetapi ada dua orang insan yang mereka sayang .

Ya , dalam sekelip mata semuanya bagai hilang seperti angin bertiup .

Qistina Sofea merasakan dirinya sekarang kosong . Dia tidak mampu untuk melawan abangnya yang sedang memeluknya dari arah belakang . Kudrat lelaki kan ? Eh , satu lagi sado tu hehe ...

Amalina yang melihat kejadian itu turut sebak . Mereka sangat baik kepadanya . Dia yatim piatu jadi dia sudah menganggap mertuanya seperti ibu bapanya sendiri .

Imran juga punya hati dan perasaan . Lututnya seperti lemah tak berdaya tatkala itu tetapi apabila teringatkan tentang tanggungjawab yang perlu dipikul , dia tetap gagahkan jua . Dia dapat mengagak angkara siapa . Dia dan Amalina sebagai polis , sudah tentu ramai ketua-ketua mafia yang bermusuhan dengan mereka .

----

Kubur di hadapannya dipandang sepi . Terasa baru sahaja dapat memeluk mama dan papanya . Siapa yang tidak sakit hati kan? Tapi nak buat macam mana andai itu takdir yang telah tertulis .

Ya Allah , mampukah aku untuk menghadapi hari-hari yang penuh menyeksakan ini? Tiada lagi kedengaran gelak tawa dua insan yang sangat disayangi . Sekarang , dia hanya ada abang dan kakak iparnya . Segala-galanya bakal berubah . Setitik air matanya jatuh di atas kubur itu . Sebak di dada masih terasa .

"Qis , jangan macam tu please? Tolong support abang untuk kuat ya" ujar Imran perlahan di telinga Qistina Sofea dengan nada yang sayu .

"Mampukah kita abang?" tanya Qistina Sofea ragu-ragu .

"Insyaallah . Allah takkan berikan ujian kepada hambanya tanpa kemampuan mereka" balas Imran seraya menarik adiknya bangun dari terus meratapi pemergian mereka . Yang pergi takkan kembali . Jadi , yang hidup perlu teruskan hidup .

"Betul tu , Qis . Insyaallah lepasni Qis tinggal dengan kitaorang ye" kata Amalina seraya tersenyum manis buat adik iparnya . Mereka meninggalkan tanah perkuburan dengan hati yang sayu .

Dari kejauhan juga kereta seseorang berhenti di bahu jalan . Dia tersenyum puas apabila melihat Imran menderita .

----

Dekat siapa aku nak luahkan semua ni eh? Hampir 3 hari dia hanya terkurung di dalam bilik . Imran dan Amalina sudah penat untuk memujuknya . Ha !! Dia dan Sun sangat rapat . Ingin juga dia tahu siapakah Sun disebalik nama tersebut .

From : Qistina Sofea
To: Sun
Subject : Share

Hi Sun ,
I have bad news . My parents are passed away . Now , i don't know how to life without them . I really need them . I don't know how to share my feeling right now , but at least I can share something with you . After my brother's married , my house like a 'boom' . I missing them like someone missing someone that they are love . Please help me for give some advice .

Regards ,
Qis

Setelah selesai menghantar emel tersebut , Qistina Sofea terus melelapkan mata . Matanya kian bengkak kerana setiap hari dia menangis . I hope when I opened my eyes , everything will be normal .

 I hope when I opened my eyes , everything will be normal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | Andai Aku ✓Where stories live. Discover now