23

344 32 0
                                    

Dia menolak daun pintu wad yang menempatkan Tengku Eiril . Memandangkan tiada pelawat , senanglah kerja dia...

Dia menghampiri katil Tengku Eiril . Di dalam bilik tersebut hanya menempatkan Tengku Eiril seorang atas permintaan Umaira . Kira bilik VVIP .

"Eiril , sepanjang 1 tahun ni hati aku terseksa kau tahu tak mengenangkan kau . Jangan tinggalkan aku . Kalau kau dengar ni kan , sebenarnya kita dah ada anak . Aku harap kau cepat sedar and kau kuat untuk aku dengan anak kita" ujarnya sebak . Tanpa disedari , air matanya mula mengalir laju membasahi pipinya yang gebu .

Tangan Tengku Eiril bergerak-gerak menandakan dia bakal sedar . Qistina Sofea cepat-cepat mengesat air matanya lalu memanggil doktor .

Mereka tidak menunggu lama , oksigen dan jantung ialah benda pertama yang mereka melakukan pemeriksaan . Setelah itu , terpacul satu nama yang terkeluar dari mulut Tengku Eiril .

"Sofea" ujarnya lemah .

Qistina Sofea yang mendengar itu terus menerpa ke arah Tengku Eiril yang tersenyum tawar .

"Alhamdulillah , kau dah sedar" ucapnya syukur .

"Puan ni isteri Tengku Eiril kan?" tanya Doktor Nizam yang merawat Tengku Eiril . Qistina Sofea mula tidak keruan lalu memandang Tengku Eiril yang mengangguk tanda 'ya' .

"Y...ya , doktor" balasnya .

"Boleh ikut saya kejap?" pintanya . Qistina Sofea tidak membantah tetapi hanya membuntuti langkah Doktor Nizam ke biliknya .

----

Ayuni menghampiri Qistina Sofea yang sedang termenung .

"Weh , kau okay tak?" tanya Ayuni risau .

"Aku okay" balasnya .

"Jauh termenung . Kau ada apa-apa nak share ke?" tanya Ayuni sambil merenung wajah polos milik Qistina Sofea .

"Aku...pergi wad Eiril tadi" katanya perlahan .

"WHAT?!!" jerit Ayuni yang agak sedikit terkejut . Terhinjut sedikit bahu Qistina Sofea apabila mendengar jeritan lantang itu . Cepat-cepat dia menekup mulut Ayuni menandakan syarat 'diam' .

"Kau asal duh . Jumpa dia je pun . Bukan hantu" ujar Qistina Sofea sedikit geram dengan tindakan drastik Ayuni . Nasib sepupu kesayangan , kalau tak dah lama aku debik .

"Yela . Dia kenapa?" tanya Ayuni ingin tahu lebih lanjut .

"Maira cakap dia pengsan sebab high blood pressure" katanya perlahan .

"Tak cukup tidur lah tu" bidas Ayuni selamba . Malas sebenarnya dia nak ambil tahu pasal mamat tu selepas apa yang berlaku pada sepupu kesayangannya .

"Tak . Maira cakap sebab aku . Kenapa aku rasa bersalah eh" tanya Qistina Sofea pula lalu memandang Ayuni .

"Asal kau pulak . Kau buat benda betul , Qis . Kau tak payah rasa bersalah sangat . Itulah kau baik sangat . Baik tu boleh , tapi jangan sampai orang pijak kepala kita" ujarnya memberi semangat .

"Ceramah motivasi free dekat hospital . Siapa nak dengar" laung Qistina Sofea di tengah-tengah ruang menunggu wad kanak-kanak . Ayuni yang terkejut itu terus menarik lengan Qistina Sofea agar melabuhkan punggung semula di sebelahnya .

"Hish ! Kau ni..." marahnya geram .

"Sorryla . Btw aku nak tengok anak aku jap" katanya sebelum bangun untuk berlalu pergi . Ayuni hanya mengangguk .

C | Andai Aku ✓Where stories live. Discover now