17

271 30 6
                                    

Sejak Qistina Sofea melihat kejadian yang kejam semalam , dia masih tidak sedarkan diri .

Mukanya kelihatan pucat .

"Eiril , satu je aku as kawan nak pesan dekat kau . Please , buang ego kau , kau bawak Qis ni pergi hospital . Aku takut kau hilang dia selama-lamanya je . Aku tahu kau cintakan dia" kata Doktor Maryam perlahan kepada Tengku Eiril sebelum berlalu pergi .

"Huh" dengusnya . Dia tiada pilihan lain selain membawa Qistina Sofea pergi ke hospital . Ada benarnya , dia kena buang egonya sedikit demi orang tersayang .

Dia mencempung tubuh Qistina Sofea yang masih terkulai layu tidak sedarkan diri menuju ke kereta BMW berwarna putih miliknya yang tampak elegan .

----

Syed Hazwan sedikit terkejut sebenarnya dengan reaksi Qistina Sofea yang tiba-tiba pengsan semalam .

Lelaki mana yang sanggup tengok orang yang dia sayang sakit kan?

Andai benar , Qistina Sofea bukanlah milik dia tetapi milik sahabat baiknya , dia redha . Salah dia juga kerana tidak confess awal-awal .

Sedang dia melayan perasaannya sendiri , Hakim menyapanya . Hakim ni memang kejam tetapi hati dia lembut je...

"Woi! Teringat girlprend ke?" tanya Hakim . Sengaja dia menyakat Syed Hazwan untuk mengubah wajah mendung rakannya .

Siapa je yang tidak tahu bahawa Syed Hazwan dah lama syiok dekat Qistina Sofea tapi cinta macam tak kesampaian je huhu...

"Hish , mana ada! Kau ni!" nafi Syed Hazwan . Dia kalau nak menipu tentang hati dengan perasaan ni memang dia tak reti . Nampak sangat muka kecewa .

"Huh , nak menipu tu berpada lah . Aku ni kawan kau , aku kenal kau . Tell me what's wrong?" kata Hakim prihatin . Dia ni pandai jaga rahsia ...

"Takde apa la" kata Syed Hazwan malas sebelum berlalu pergi tetapi Hakim pantas memegang tangan Syed Hazwan .

"If anything , tell me . I'm here for you" katanya sebelum melepaskan pergelangan tangan Syed Hazwan .

----

Tengku Eiril menunggu dengan penuh sabar di kerusi hospital . Qistina Sofea dalam stabil tetapi perlu menjalani beberapa rawatan .

Dia mengeluh perlahan . Apa lagi pilihan yang dia ada ? Masih terngiang-ngiang suara Tengku Azmi yang memberitahu perkara sebenar .

"Puan Salina tu bukan mama sebenar Eiril" ujarnya perlahan bernada bersalah .

"Habistu , siapa mama kandung Eiril?" tanyanya ingin tahu .

"Puan ........ beritahunya jujur . Wajahnya sebak .

"What?" terkejut Tengku Eiril dibuatnya .

"Tapi , bukan dia dah ....." katanya . Tidak sanggup dia hendak meluncurkan perkataan tersebut buat ibu kandungnya .

"Ye , Eiril" balas Tengku Azmi .

"Habis macam mana dengan dua orang tu?" tanya Tengku Eiril ingin tahu . Selama ini , dia .....

ARGHHHHH !!!!

Dia menjerit sekuat hati tanpa sedar , dia berada di hospital . Orang sekelilingnya memandang pelik .

"Encik , encik ni keluarga Qistina Sofea ke?" tanya doktor yang merawat Qistina Sofea , Hanim .

"A...a...aa ya , saya" jawabnya gagap .

"Alhamdulillah , dia dah sedar tetapi dia kena stay sini dalam 2 atau 3 hari lagi sebab dia masih dalam trauma" ujarnya sebelum berlalu pergi .

Tengku Eiril tidak kuat lagi untuk masuk dan menatap wajah kesayangannya .

"Aku mintak maaf , Fea! Aku janji lepasni aku akan bahagiakan kau and takkan bagi air mata kau jatuh sebab aku lagi" katanya di dalam hati sambil merenung Qistina Sofea melalui tingkap cermin .

----

♫︎ dah boleh pasang muzik tu sekian♫︎

Maria yang sedang melihat keindahan pantai sebagai penenang jiwa . Hatinya kini diruntun kesedihan yang teramat apabila terpaksa meninggalkan sang suami dan salah seorang anaknya .

Dia tiada pilihan lain kerana desakan keluarga untuk dia berkahwin dan desakan keluarga juga dia terpaksa meninggalkan suaminya yang tercinta .

"Buat apa tu?" tegur Tengku Azmi yang entah datang dari mana .

"Masak" seloroh Puan Maria lalu Tengku Azmi tertawa kecil .

"Abang , ceraikan saya" ujarnya straight to the point . Tengku Azmi yang mendengar itu terkejut akan kata-kata isterinya .

"Wait , but why?" tanyanya perlahan .

"Because of our family" katanya lagi jujur .

"Habis , sayang nak tinggalkan abang dengan anak-anak kita?" tanya Tengku Azmi yang inginkan kepastian . Puan Maria menggeleng lalu memandang wajah suaminya .

"Kita pisahkan anak kita . Abang ambil salah seorang" putus Puan Maria dengan mata yang berkaca apabila melihat wajah suram si suami . Padahal sewaktu suaminya datang , bukan main ceria lagi menyapanya .

"Abang ambil Tengku Eiril" putus Tengku Azmi seraya bangun untuk berlalu tetapi sempat dihalang oleh Puan Maria .

"Abang , maafkan Maria . Halalkan makan minum Maria dengan Imran . Jodoh kita tak panjang . Semoga abang bahagia dengan isteri baru abang" kata Puan Maria dengan sebak . Perlahan-lahan air matanya mengalir laju . Dia tersenyum kelat .

Dia memeluk suaminya sebelum Tengku Azmi melafazkan talak .

"Maria Elyana binti Abdullah , aku ceraikan engkau dengan talak satu" ujar Tengku Azmi . Dengan sekali lafaz , Puan Maria bukan lagi isteri sah kepadanya .

Air mata jantannya perlahan-lahan menuruni pipinya . Serentak itu juga , hujan tiba-tiba turun dengan renyai seolah-olah menangisi perpisahan pasangan suami isteri tersebut .

Lamunannya mati apabila Puan Salina menegurnya .

"Abang , abang okay tak?" tanya Puan Salina prihatin .

"Abang okay" balasnya perlahan lalu memeluk isterinya .

Dia tidak sangka bahawa misi Tengku Eiril yang lepas adalah membunuh Puan Maria dan Dato'Mohammad .





author yang tulis part diorang nak berpisah tu rasa nak nangis !! korang macam mana ??

sorry chapter ni pendek je sebab tak boleh tahan la ... nak nangis part last tuu...

vote and comment !!

C | Andai Aku ✓Where stories live. Discover now