Mereka semua sudah menyiapkan barang yang perlu dibawa ke Johor bagi menjalankan tugas mereka .
"So , dah siap semua?" tanya Tengku Eiril serius . Hatinya berasa amat gundah untuk meninggalkan keluarga kecilnya itu walaupun mama dan papanya di sini .
"Dah" jawab mereka serentak sambil menghadap mereka .
Tengku Eiril mengarahkan rakannya yang lain tunggu di dalam kereta sebelum dia berpusing ke belakang . Terpacul wajah polos milik isterinya dan disamping Qistina Sofea , Ayayna berdiri sambil berpegangan tangan Qistina Sofea .
"Hubby dah nak pergi ke?" tanya Qistina Sofea sebak . Kolam matanya ingin pecah tetapi dia cuba tahan .
"Iyela sayang" balasnya .
"Jangan lama-lama . Nanti s...sa...sayang rindu" kata Qistina Sofea dan kolam matanya tidak dapat ditahan lalu pecah . Qistina Sofea tidak menghiraukan Ayayna yang melihatnya . Dia terus menerkam ke arah Tengku Eiril lalu mereka berpelukan seketika .
Qistina Sofea menyembamkan mukanya pada bidang dada milik Tengku Eiril . Tengku Eiril mengusap kepala Qistina Sofea sebelum memegangnya untuk mencium di setiap inci wajah anggun yang bakal dirindui di sana .
"Buruk anak kita tengok" usik Tengku Eiril . Tidak sanggup untuk dia melihat air mata isterinya tumpah menyembah bumi . Cukuplah dahulu dia sudah terseksa dengan air mata yang tanpa henti mengalir .
"Diorang dah tunggu" kata Qistina Sofea .
"Halau hubby ke?" tanya Tengku Eiril nakal .
"Hish" tamparan manja diberikan pada lengan suaminya . Tengku Eiril mengaduh sakit sebelum melutut untuk melihat anaknya pula .
"Yana , nanti papa takde , jaga mama tau . Nanti atuk dengan nenek sampai ye" kata Tengku Eiril sebelum mencium kedua-dua pipi gebu anaknya . Dia ingin bangun tetapi Ayayna memegang tangannya .
"Take care pa . Jangan lupa kitaorang" pesannya sebelum memeluk papanya erat seperti tidak mahu lepas .
"Petah ye anak papa ni" puji Tengku Eiril lalu mecuit hidung anaknya sebelum bangun untuk menatap wajah sang isteri .
"Weyh , kau ni . Kita bukan nak pergi setahun . Seminggu je" ujar Danish geram melihat pasangan itu .
"BOOO!!!" jerit mereka di dalam kereta .
Tengku Eiril dengan Qistina Sofea tersengih macam kerang busuk . Dia terus bergegas menuju ke arah kereta Alphardd .
----
'Besar juga eh resort ni' gumamnya dalam hati apabila sesampainya di hadapan resort tersebut .
"Sufian Ghazali ?" sapa supervisor yang kebetulan melihat kelibat seseorang yang amat dikenalinya .
"Ya saya" balasnya bersama senyuman manis .
"Saya , Haris . Supervisor dekat sini . Sila ikut arah sini ye untuk ke pejabat tuan" katanya sebelum menuding arah sebagai tanda hormat kepada bos barunya .
"Tak perlu bertuan-tuan . Panggil Sufian je" katanya lalu membuntuti langkah Haris .
"Ini pejabat merangkap bilik Sufian ya" katanya sebelum berlalu pergi . Sufian mengangguk . Dia duduk di atas kerusi roda sambil memusingkan beberapa kali .
Bayangan bilik merangkap pejabat Sufian :
Pada bahagian hadapan terdapat barang-barang kegunaan pejabat seperti meja , kerusi , sofa dan lain-lain .
Di belakang pejabat , terdapat bilik yang mewah . Pejabat dan bilik Sufian dipisahkan oleh pintu . Ini memudahkan Sufian untuk tinggal di resort tersebut .
end ^_^
Tiba-tiba , dia teringat akan Ayuni . Cepat-cepat dia mengambil telefonnya sebelum mendail nombor Ayuni .
----
Setelah Tengku Eiril dan rakannya tiba di Johor , mereka menempah 5 bilik hotel .
Tengku Eiril menghempaskan tubuhnya di atas katil yang empuk . Dia sebilik dengan Syed Hazwan .
"Weh , Ril . Kau inform dekat isteri kau ke tak lagi?" tanya Syed Hazwan prihatin .
"Belum" balasnya pendek tanpa membuka matanya . Dia penat . Yela , dia yang drive .
"Nanti dia risau . Inform la" rengek Syed Hazwan .
"Kau chill dahlah . Dia isteri aku . Kau tak payah sibuk" katanya geram . Isteri dia . Biarlah nak inform ke tak . Sibuk .
"Ikut kau la . Aku nak mandi" kata Syed Hazwan mengalah . Tiada guna bertikam lidah . Pasti Tengku Eiril menang .
sorry sebab update sikit je...nak bagi banyak chapter sikit hehe...
vote and comment !! thankyou!
keep support me (•‿•)
lama ke korang tunggu ? hehe sorry for late update 🙏🏻
YOU ARE READING
C | Andai Aku ✓
Romance꧁ first book ꧂ COMPLETED ✓ "kau sayang aku tak" - TE "keep it secret" - QS ....... "makin lama aku jauh dari kau makin blur eh" - TE "hello , yang blur ni jugaklah kau kejar kan?" - QS Dalam setiap kisah cinta , tak semestinya akan berakhir dengan k...