08

290 37 0
                                    

"Maira , kami ...." sengaja Encik Azim menggantung ayatnya kerana dia tahu Umaira tahu akan butir bicara yang bakal dikatakan nanti .

".... ibu bapa kandung Maira?" tebak Umaira seraya memandang tepat pada wajah kedua orang yang berada di hadapannya . Mereka hanya mampu mengangguk .

"Kami minta maaf , Maira" kata Puan Saleha sebak .

"But why ma , pa?" tanya Umaira ingin tahu sebab dia ditinggalkan .

"Sebab masa mama lahirkan Maira , papa dengan mama muflis . Jadi , Tengku Azmi kawan baik papa . Kami minta dia jaga Maira dan kami akan tuntut Maira bila Maira mencecah umur 19 tahun . Tengku Azmi juga tolong syarikat papa naik sampai tahap macam ni" terang Encik Azim panjang lebar .

"Oh , thank you mama papa for everything" ujar Umaira lalu memeluk erat tubuh dua orang yang amat dirinduinya .

"Alhamdulillah , finally . So , Maira do you want to stay here or ..." sengaja Puan Saleha menggantung ayatnya untuk memberi peluang Umaira memilihnya sendiri. Dari kejauhan , Tengku Azmi dan Puan Salina melihat kebahagiaan keluarga tersebut seraya tersenyum serta bersyukur kerana Umaira dapat berjumpa dengan ibu bapa kandungnya . Mereka tidak berhak menghalang Umaira untuk mendapat kasih sayang ibu bapa kandungnya .

"Maira ikut papa mama balik la" putus Umaira gembira .

----

Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi hari yang bakal ditunggu-tunggu oleh Imran dan Amalina . Mereka ke butik pengantin ditemani oleh Qistina Sofea .

"Wah , cantiknya baju kat sini . Rambang mata Qis tengok haa" ujar Qistina Sofea teruja seraya tangannya laju sahaja menilik setiap helai baju yang indah tergantung .

"Qis , behave yourself . Yang nak kahwin tu abang , bukan Qis tapi kalau dah ada calon , Qis bolehlah pilih siap-siap" sakat Imran selamba . Qistina Sofea memuncungkan bibirnya sedepa . Sekali pandang saling tak tumpah seperti mulut itik .

"Kesitu pula abang . Dah la , tu ha bakal isteri abang duk sorang-sorang. Pergi la teman" kata Qistina Sofea menjuihkan mulutnya ke arah Amalina yang melihat buku fesyen baju limited edition .

"Awak , yang ni okay tak ?" tanya Amalina meminta pandangan bakal suaminya , Imran .

"Erm , cantik . Sesuai dengan awak" kata Imran . Dia ingin memakai tuxedo sahaja . Ringkas , tetapi tetap nampak bergaya . Dia tahu sangat perangai perempuan yang suka memilih baju .

"Awak cakap nanti akad nikah nak pakai baju yang lain . Awak pilih la baju untuk akad nikah tu" putus Amalina tenang .

"Kita ambil baju satu set yang warna putih tu je la" ujar Imran tanpa melihat baju yang lain . Dia malas hendak bertapa lama-lama dalam butik pengantin ini .

"Saya ikut awak je" kata Amalina . Qistina Sofea sudah buat gaya hendak muntah melihat bakal pasangan raja sehari itu . Terbit juga dihatinya ingin merasakan perasaan seperti abangnya itu .

"Qis , jauh mengelamun . Dah , jom balik . Betul kan Qis tak nak beli 'baju pengantin' kat sini?" tanya Imran . Sengaja dia tekankan perkataan 'baju pengantin' itu .

"Tak nak" balas Qistina Sofea pendek sebelum berlalu terus ke arah kereta. Lagi lama dia berlawan kata dengan abangnya , lagi sakit hatinya .

----

Ayuni , sepupu yang paling rapat dengan Imran dan Qistina Sofea . Eh , tapi kalau tak rapat pun , dua beradik tu ada seorang sepupu je .

"Weh Qis . Jom teman aku ke Pavillion . Bosan duh duduk rumah" ajak Ayuni melalui corong telefon .

"Boleh jugak . Aku pun bosan" ujar Qistina Sofea perlahan kerana dia baru terjaga dari tidur serentak itu juga matanya membulat tatkala mendengar suara Ayuni yang bersorak gembira. Dia menjauhkan sedikit telefonnya dari telinga . Jika hari-hari , boleh pekak telinga dibuatnya .

"Aku ambik kau kat rumah" putus Ayuni sebelum menamatkan panggilan tanpa Qistina Sofea berkata apa-apa . Dia hanya mampu menggelengkan kepala . Bila la dia nak berubah , haish . Gumam hatinya .

Finally , Umaira dah balik ke pangkuan ibu bapa kandungnya . Watak baru datang !! Hehehe ... Jom ke next chapter !! Ohya ! Sorry for boring chapter ...

Vote and comment !

Vote and comment !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | Andai Aku ✓Where stories live. Discover now