"Macam yang kami cakap 19 tahun dulu , kami akan tuntut anak kami bila kami dah mampu" ujar Encik Azim tenang .
"Ya , kami tahu tujuan kamu berdua datang ke sini tapi kami tak pasti sama ada dia boleh terima ke tak hakikat ni" kata Puan Salina dengan nada risau .
"Kalau yang tu , biar kami uruskan" kata Puan Saleha yakin . Tengku Azmi dan Puan Salina hanya mampu tersenyum tawar kerana mereka tahu mereka bakal hilang salah seorang penghuni rumah ini .
----
"Abang , kerja macam mana ?" tanya Qistina Sofea kepada abangnya yang sedang khusyuk melihat Instagram .
"So far , so good" balas Imran pendek .
"Kumpulan Tiger?" tanya Qistina Sofea ingin mengalih perhatian abangnya. Dia tahu abangnya hampir berputus asa dalam pencarian kumpulan itu .
"Macam biasa" jawab Imran malas-malas .
"Mama papa tengok abang ni , Qis tanya sepatah jawab sepatah" adu Qistina Sofea . Ya , dia sengaja mengada-ada begitu .
"Imran , layan la adik manja yang seorang ni" sengaja Dato'Mohammad tekankan perkataan 'adik manja' seraya itu mereka semua meletuskan tawa .
"Tak suka lah macam ni" ujar Qistina Sofea dan berlalu pergi ke bilik . Dia menghempaskan pintu bilik tanda merajuk . Puan Maria , Dato'Mohammad dan Imran hanya mampu menggelengkan kepala .
----
Keadaan markas tidaklah riuh-rendah walaupun penghuninya seramai 10 orang . Ini kerana mereka hanya buat hal masing-masing .
"Weyh Ril , kau asal duh asyik termenung je" tanya Hakim sambil keningnya terangkat meminta jawapan dari Tengku Eiril.
"Takde apa la" nafi Tengku Eiril dan cepat-cepat dia menutup telefon bimbitnya yang memaparkan gambar dia dan Qistina Sofea . Dia hanya mempunyai satu-satunya gambar bersama gadis itu .
"Yeke . Kalau takde apa , bak henfon tu" kata Hakim seraya merampas telefon bimbit milik Tengku Eiril tanpa sempat dia menghalang .
"Huh , kau ni . Sekarang puas hati ?" kata Tengku Eiril sambil mengambil kembali iPhone miliknya .
"Alah , sorry la" ujar Hakim rasa bersalah . Dia memang terkenal dengan sifat keras kepala dan panas baran , tetapi dengan Tengku Eiril , dia sedikit kecut perut kerana Tengku Eiril lebih panas baran dan keras kepala berbanding dia .
"Jangan bagitahu Wan , boleh ?" pinta Tengku Eiril penuh berharap . Tengku Eiril tahu bahawa sahabat baiknya , Syed Hazwan juga telah jatuh cinta pada gadis yang mampu menawan hati para anak teruna iaitu Qistina Sofea .
"As you wish" kata Hakim sebelum tersenyum dan menepuk bahu Tengku Eiril .
----
"Uncle , siapa anak uncle?" tanya Umaira yang entah datang dari mana . Dia mula rasa gelisah kerana dia seperti dapat mengagak jawapan yang bakal dia terima nanti .
Mereka di ruang tamu tergamam tatkala mendengar suara Umaira . Tengku Azmi tidak menunggu lama , dia terus bangun dan berjalan menuju ke arah Umaira untuk menjelaskannya tetapi sempat Umaira memintas kata-kata ayahnya ."Maira ... "
"Papa , please tell me the truth . Who is this uncle and aunty ?" rayu Umaira pada Tengku Azmi berharap . Tengku Eiril pula hanya diam tidak berkutik di belakang Umaira . Dia tidak mahu masuk campur .
"Please , Umaira . Let me explain" ujar Puan Salina berharap hati anaknya lembut dan ingin mendengar penjelasannya .
"Mama , stop! I just want to talk with uncle and aunty . Ma , pa , Abang Ril , please leave me with them only" pinta Umaira . Mereka hanya akur dan langsung tidak membantah . Tengku Azmi dan Puan Salina tahu ini masa yang sesuai , Umaira merasakan kasih sayang keluarga sebenarnya .
"Uncle , aunty nama apa?" tanya Umaira tenang seraya memandang dua wajah di hadapannya . Hatinya sedang berdetak laju menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut mereka .
----
"Ma , pa , Qis , perkenalkan my future wife , Amalina" ujar Imran gembira .
"Assalamualaikum , uncle , aunty and ..." sapa Amalina seraya bersalaman dengan Puan Maria . Dia tidak tahu untuk memanggil Qistina Sofea dengan gelaran yang sesuai kerana Imran tidak pernah memberitahunya umur Qistina Sofea .
"Panggil saya , Qis" balas Qistina Sofea lembut seraya menghadiahkan seulas senyuman berlesung pipit yang manis .
"Waalaikumussalam , Amalina " jawab Tengku Azmi dan Puan Maria serentak .
"Cantik bakal kakak ipar Qis . Tinggi jugak taste abang . Ingat cari yang cengeng macam abang je" seloroh Qistina Sofea seraya mereka menghamburkan tawa kepada Imran yang mulai cemberut .
"Dahla . Qis , buatkan air ye" arah Puan Maria lalu Qistina Sofea terus berlalu menuju ke dapur .
----
Cuti hujung minggu membuatkan Qistina Sofea bosan . Selepas tamat SPM , dia tidak bercadang lagi untuk apply mana-mana tempat belajar mahupun tempat kerja . Jika dia mahu , boleh sahaja dia bekerja di syarikat keluarganya , tetapi dia berkeras untuk menikmati kehidupan remajanya dahulu .
Dalam pada dia melihat siling , notifikasi berbunyi membuatkan dia sedikit terperanjat dan cepat-cepat dia membuka peti masuk emel . Tertera nama Sun .
From : Sun
To : Qistina Sofea
Subject : Third emailHi , Fea !
I hope you and your family fine . For your question , I can't answer it now because I believe that one day you will get the answer . Ohya! Congratulations for your brother !
Regards ,
SunSetelah membaca emel yang baru diterimanya, dia sedikit kecewa dengan jawapan Sun . Walaupun begitu , dia tetap ingin membalasnya tetapi sikapnya yang suka bertangguh membuatkan dia hanya menutup iPhone 12 Pro Max dan kembali tidur .
haih laa ... siapa la Sun ni ... korang dapat teka tak ??
Vote and comment !!!
YOU ARE READING
C | Andai Aku ✓
Romance꧁ first book ꧂ COMPLETED ✓ "kau sayang aku tak" - TE "keep it secret" - QS ....... "makin lama aku jauh dari kau makin blur eh" - TE "hello , yang blur ni jugaklah kau kejar kan?" - QS Dalam setiap kisah cinta , tak semestinya akan berakhir dengan k...