"Dah dia pun baru tahu . Kau ni , makin lama aku jauh dari kau makin blur eh" ujarnya lalu memandang wajah Qistina Sofea yang memandangnya tajam .
"Hello , yang blur ni jugaklah kau kejar kan?" bidasnya .
"Dahlah . Jom" ujarnya . Dia keluar dari perut kereta lalu membuka pintu buat Qistina Sofea dan anaknya .
"Shall we?" tanya Tengku Eiril .
----
Mereka berjalan menuju ke restoran yang berhampiran dengan laut .
Qistina Sofea melopong tatkala melihat keindahan restoran itu . Maklumlah restoran orang kaya .
"Excuse me , do you have any reservations?" tanya seorang pelayan .
"Yes , my name is Tengku Eiril" balasnya .
"This way , sir" katanya lalu mereka membuntuti pelayan tersebut .
"Thankyouu" ucap Tengku Eiril .
"Have a sweet moment , sir . Good luck" ujarnya seraya berlalu pergi .
"Weyh !! Cantik gila" jeritnya teruja .
"Bukan kat sinilah" balasnya lalu menuding jari ke arah sampan . Di atas sampan itu , sudahpun dihiasi dengan candle light dinner .
"Jom" ujar Tengku Eiril seraya menarik tangan Qistina Sofea . Qistina Sofea tidak membantah tetapi hanya membiarkan saja .
"Have a seat first , my dear" ujarnya dengan suara husky .
"So , this is special only for me?" tanya Qistina Sofea lembut .
"Taklah . Aku pernah buat dengan pakcik tu" balas Tengku Eiril selamba sambil menuding jari ke arah seorang pakcik bersama isterinya .
"Hish , jom makan . Aku laparlah" kata Qistina Sofea .
"Kalau aku ajak kau kahwin kau nak tak?" tanya Tengku Eiril berhati-hati . Qistina Sofea yang tengah menikmati Spaghetti Carbonara , tersembur dibuatnya .
"WOI!! APA NI!!" jerit Tengku Eiril . Malu tau takk...
"Sorry . Kau agak-agak lah . Aku tengah makan ni" marahnya .
"Kau okay tak?" tanya Tengku Eiril lagi .
"Erm , kau pegang Yana jap boleh? Aku nak makan" katanya sebelum menghulurkan Ayayna kepada Tengku Eiril .
Tengku Eiril membisikkan sesuatu pada Ayayna lalu dia meletakkan Ayayna di atas kerusi . Dia bangun sambil membuka butang tuxedonya .
Dia mengeluarkan kotak yang diliputi dengan kain baldu berwarna merah lalu membukanya . Qistina Sofea tidak perasan akan hal itu .
Dia melutut di tepi kerusi Qistina Sofea . Qistina Sofea menoleh dan tergamam .
"Will you married me , Qistina Sofea binti Dato' Mohammad?" ujarnya sekaligus bersama soalan .
Cecair panas mula membasahi pipinya sebelum dia mengangguk . Satu perkataan yang mampu diungkapkan tatkala kini iaitu CINTA !
"Thankyouu" ucapnya sambil merenung wajah kacak milik Tengku Eiril .
"For what?" tanyanya kembali dan terpancar senyuman nakal .
"For everything" balasnya .
"1 year ago...." belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya , Qistina Sofea meletakkan jari telunjuknya di bibir Tengku Eiril .
"We start our new life" ucapnya sebelum pipinya merona merah .
"So , bila nak kahwin?" tanyanya yang kembali duduk sambil mendukung Ayayna . Makanannya langsung tidak disentuh .
"Aku bila pun okay" ujarnya .
----
1 bulan kemudian....
Cukup dengan sekali lafaz , Qistina Sofea telahpun menjadi isteri yang sah kepada Tengku Eiril .
Tengku Eiril berjalan mendekati Qistina Sofea lalu mengambil cincin yang pernah dilamarnya . Dia memegang tangan Qistina Sofea ingin menyarungkan cincin kahwin . Sejuk weh tangan dia .
Tengku Eiril berbisik sesuatu untuk menenangkan Qistina Sofea . 'Relax' ucapnya dengan suara yang mampu mencairkannya .
Kini , giliran Qistina Sofea pula menyarungkan cincin di jari manis Tengku Eiril . 'Besar gila tangan dia' desisnya dalam hati . Puan Salina tersenyum melihat gelagat mereka .
Setelah selesai , bermulalah sesi penggambaran . Silauan lampu dari lensa kamera menerangi di dalam masjid tersebut .
Tiba-tiba dia tersentak dek kerana dia merasakan ada tangan yang melingkari pinggangnya . Dia melihat Tengku Eiril yang tersenyum nakal . Dia hanya membiarkan .
----
Qistina Sofea menghempaskan tubuhnya . 'Huh , penatnya' desisnya .
Tiba-tiba pintu dikuak dari luar . Terpacul wajah Tengku Eiril .
"Kau nak tidur luar ke? Masuk la" ujar Qistina Sofea geram apabila Tengku Eiril memandangnya lama .
"Rindu ke" sakatnya .
"Takde pasal . Dah lah malas aku nak layan kau" katanya sebelum berlalu menuju ke bilik air tetapi belum sempat dia melangkah , tangannya ditarik dan membuatkan dia terdorong ke belakang sekaligus mukanya tersembam di dada milik Tengku Eiril .
"K...kau kenapa?" tanya Qistina Sofea gagap .
"Ala , jom mandi sekali" ajaknya beserta senyuman yang sukar ditafsir .
"Hish , geli aku . Lepaslah!" jeritnya sedikit kuat .
"Yang geli ni jugaklah kau setuju nak kahwin kan?" sindir Tengku Eiril .
"Dah dah . Aku nak mandi" ujarnya sebelum berlalu ke bilik air . Tengku Eiril menggelengkan kepala melihat telatah Qistina Sofea .
part sweet tu , author tak reti sangat . sorry 🙏🏻
vote and comment !!!
YOU ARE READING
C | Andai Aku ✓
Romance꧁ first book ꧂ COMPLETED ✓ "kau sayang aku tak" - TE "keep it secret" - QS ....... "makin lama aku jauh dari kau makin blur eh" - TE "hello , yang blur ni jugaklah kau kejar kan?" - QS Dalam setiap kisah cinta , tak semestinya akan berakhir dengan k...