16

262 29 0
                                    

Umaira yang rindu akan abangnya , telah datang ke markas tanpa pengetahuan Tengku Eiril . Dia ingin membuat suprise gituu .... Tapi takut dia jela yang suprise...

Dia menekan punat lif dari G ke tingkat 1 iaitu ruang tamu .

Setelah keluar dari perut lif , dia terlihat Arif yang sedang fokus akan permainan video PUBG sehingga tidak sedar akan kehadirannya . Timbul idea jahatnya .

"Woi!" sergah Umaira sambil menepuk bahu Arif . Arif yang terkejut itu terus melepaskan telefon bimbitnya sebelum menoleh kebelakang . Dia mendengus kasar sambil menunjal kepala Umaira .

"Sakit lah !" marah Umaira geram . Dia ingin membalas tetapi Arif pantas mengelak lalu menjelirkan lidah .

"Eh , Maira ! Datang tak bagitahu" tegur Batrisya . Rentak jantungnya mula mengepam laju .

"Aku nak buat surprise dekat Eiril" balas Umaira ringkas sebelum mencerlung tajam ke arah Arif yang menyambung permainan video tergendala .

"Oh , dia ada dekat dapur" beritahu Batrisya sebelum Umaira bingkas bangun .

----

Di dapur .

Tengku Eiril buat pertama kalinya dia pecah rekod masuk dapur ! Dia sendiri ingin memasak makanan buat Qistina Sofea memandangkan dia belum makan sejak dua hari lepas .

Harap dia makan la . Aku sanggup cari resepi terbaik turun-temurun tok chik aku ni . Getus hatinya .

Lamunannya terhenti apabila mendengar seseorang yang amat dia kenali akan suara itu . 'Dia' memeluk belakang Tengku Eiril . Terpegun kejap .

"Abang Ril ! Boleh pulak berangan ! Maira cakap dengan abang ni" ujarnya separuh merajuk dengan cemberutnya .

"A...aa...apa Maira cakap?" tanya Tengku Eiril yang sedikit gagap . Jantungnya bagai hendak terkeluar tatkala ini .

"Maira cakap , nasi goreng tu untuk siapa?" tanya Umaira mengulang soalannya .

"Oh , untuk Maira la . Firasat abang mengatakan bahawa Maira nak datang" balasnya sebelum menyerahkan pinggan tersebut kepada Umaira yang terliur melihat masakan abangnya .

"Erm... sedapnya!" ujarnya sebelum mengangkat sudu untuk menyuap Tengku Eiril . Tengku Eiril pantas mengelak kerana kurang selesa akan adegan itu .

"Maira makan dulu . Abang nak tukar baju kejap" kata Tengku Eiril sebelum berlalu pergi tanpa menghiraukan Umaira .

----

Qistina Sofea berada dalam keadaan stabil tetapi badannya lemah dek kerana trauma . Doktor Maryam , selaku doktor peribadi Kumpulan Tiger menasihatkan Tengku Eiril membawa Qistina Sofea ke hospital tetapi disebabkan ego dan keras kepala , dia enggan membawanya .

Dia tidak tahu sudah berapa lama dia disini , tetapi dia hanya pinta satu perkara iaitu ...

Kebebasan

Tatkala matanya baru sahaja tertutup , dia terdengar pintu biliknya terbuka dan gerangannya tak perlu diteka kerana 'men of devil' itu sahaja mempunyai kunci biliknya .

Tengku Eiril merapati Qistina Sofea yang nyenyak tidur .

"Fea , maafkan aku . Aku terpaksa . Aku jujur dan ikhlas sayang kau tetapi aku tak boleh lupakan dendam !" ujarnya perlahan sambil membelai rambut lurus keperangan milik Qistina Sofea .

C | Andai Aku ✓Where stories live. Discover now