28

269 31 2
                                    

Apabila matanya dibuka oleh Tengku Eiril , dia terkejut melihat kedai dihadapannya .

Sudah lama dia ingin ke kedai ini tetapi tiada kesempatan . Kedai ni dipenuhi dengan baju hoodie sahaja . Qistina Sofea amat gemar dengan hoodie .

Dia tidak menunggu lama sebelum berlari sambil menyentuh beberapa baju yang dia berkenan . Tengku Eiril menggeleng melihat telatah Qistina Sofea . Comel!

"Eiril , aku nak yang ni" pinta Qistina Sofea . Tak padan dengan dukung anak .

"Ye ambiklah , tuan puteri" sindir Tengku Eiril . Qistina Sofea hanya membiarkan sahaja .

Tengku Eiril juga peminat baju hoodie , jadi dia mengambil 3 helai berwarna hitam manakala Qistina Sofea mengambil 6 helai yang berlainan warna .

"Thankyouu , Eiril . Sayang kau" ujar Qistina Sofea tanpa sedar dia sudah terlajak kata lalu memeluk erat tubuh sasa milik Tengku Eiril . Tengku Eiril hanya membiarkan sebelum memerlinya .

"Harini je ke sayang?" tanya Tengku Eiril sambil tersenyum nakal .

"Haah" balasnya pendek sebelum berjalan lebih laju ke hadapan .

----

Tengku Eiril dan Qistina Sofea membeli ais krim di Baskin Robbins .

Setelah beberapa suap , Tengku Eiril mengalihkan pandangannya menghadap Qistina Sofea yang berada di sebelahnya .

"Kau ni namanya je 'emak budak' tapi macam budak-budak kau tahu tak?" bebelnya apabila melihat mulut Qistina Sofea comot .

"Kau nak mengata dekat aku tu asal?" tanya Qistina Sofea pula .

Tengku Eiril tidak membalas tetapi dia mengambil tisu lalu mengelap mulut Qistina Sofea . Pipi Qistina Sofea merona merah menahan malu .

"Ma , nak" pinta Ayayna .

Qistina Sofea menyuapkan beberapa sudu aiskrim . Tergelak kecil melihat anaknya .

"Weh , aku ada satu idea" ujar Tengku Eiril setelah lama berdiam .

"Apa?" tanya Qistina Sofea tanpa melihat wajah Tengku Eiril .

Tengku Eiril memegang dagu Qistina Sofea untuk melihatnya .

"Kita tukar nama panggilan kita?" ujar Tengku Eiril .

"Kau nak tukar jadi apa?" tanyanya.

"Erm , kau panggil aku hubby . Aku panggil kau sayang" putusnya .

"Makin lama kau ni makin sweet eh" katanya selamba .

"Dengan isteri sendiri je pun" balasnya .

Qistina Sofea menampar lengan suaminya lembut seraya menyuapkan aiskrim kepada Ayayna .

----

Shahrul dan Laura duduk di sofa panjang di ruang tamu sambil bergelak ketawa .

Danish menjeling pasangan itu sekilas sekaligus hatinya berasa tidak enak seolah-olah sesuatu bakal terjadi .

"Bro , kau okay tak?" tegur Shahrul yang melihat Danish pelik .

"A..aku okay" balasnya pendek sebelum berlalu pergi .

----

Qistina Sofea baru selesai mandi sambil memakai bathrobe melihat sekeliling biliknya yang luas itu tetapi kelibat suaminya tidak kelihatan .

'Mana dia ni' desisnya . Tiba-tiba matanya tertancap pada satu susuk tubuh sasa yang berada di balkoni . Dia tersenyum lalu menuju ke arah suaminya yang sedang termenung .

Dia memeluk suaminya dari belakang menyebabkan Tengku Eiril tergamam . Jantung mereka berdegup kencang tatkala aura tubuh masing-masing duduk berhampiran .

"Sayang , are you okay?" tanyanya yang menatap wajah sang isteri .

"Okay . H.... hubby okay?" tanyanya gagap sebelum kulit putih mulus miliknya merona merah apabila memanggil panggilan itu .

"Hubby ade misi untuk minggu depan . Hubby kena tinggal sayang dengan Yana" ujarnya perlahan . Entah mengapa , hatinya berat untuk meninggalkan keluarga kecilnya .

"Sayang nak ikut" pintanya separuh menjerit .

"Tak boleh . Hubby tak nak keluarga kecil yang hubby ada ni diapa-apakan . Hubby sayang family kita" katanya sayu sebelum mencium ubun-ubun Qistina Sofea .

Rentak jantung Qistina Sofea sekali lagi tidak normal tatkala merasakan hembusan nafas yang panas milik Tengku Eiril merangkap suaminya .

"Hubby dah bagi tahu diorang ke?" tanya Qistina Sofea .

"Belum . Hubby nak turun ke bilik mesyuarat jap" pintanya sebelum berlalu pergi .



sorry kepada semua readers sebab tunggu cerita ni lambat sangat update... sebenarnya , author dah kekeringan idea 😭

vote and comment !!!

C | Andai Aku ✓Where stories live. Discover now