03

487 43 0
                                    

Tengku Eiril tersenyum puas kerana setelah hampir 5 bulan tiada misi yang perlu dilaksanakan , akhirnya ada juga . Selama 5 bulan ini jugalah mereka perlu berjimat cermat dengan hasil misi terakhir mereka . Kini , tidak lagi .

" Okay semua , dah ready ke ? " tanya Tengku Eiril lagak seperti orang hendak berperang . Sudah lama juga dia tidak merasakan perasaan yang gembira begini kerana mereka bakal mendapat upah sebanyak RM 100 000 .

" Kitaorang dah tak sabar ni . Kau boleh tanya pulak . Dah la jom gerak " bidas Hakim seraya berjalan menuju ke pintu meninggalkan mereka yang tercengang dengan sikap dingin Hakim . Mereka kenal sangat dengan sikap dia yang panas baran dan jarang sekali moodnya elok . Jangan dibuat main . Bahaya .

" Alah aku nak feeling sikit . Spoil lah kau ni Hakim " balas Tengku Eiril membuat muka kecewa .

----

Setelah tiba , masing-masing tersenyum sinis tatkala melihat rumah yang bakal dijilat api ini berada berhampiran kawasan belukar . Mereka turun dari kenderaan masing-masing dan menuju ke rumah tersebut .

" Rul dan Laura korang tahu kan apa tugas korang ? " tanya Tengku Eiril selaku ketua kumpulan tersebut . Kecekapan milik mereka , merupakan salah satu kekuatan kumpulan ini iaitu menggodam atau hacker .

" Ye tahu . Jom sayang " ajak Shahrul . Laura telahpun buat gaya hendak muntah dengan panggilan yang seringkali digunakan oleh Shahrul iaitu 'sayang' .

" Umai , kau menyamar jadi penghantar makanan " arah Tengku Eiril serentak menghulurkan sekotak Pizza Hut .

" Yang lain , ikut plan asal . Move , move . Before that , careful guys " pesan Tengku Eiril kepada kawan-kawannya . Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga keselamatan mereka .

Syed Hazwan memegang tugas sebagai mengawal pada bahagian luar rumah bersama Danish . Masing-masing mempunyai alat perhubungan di telinga sebagai langkah keselamatan . Hakim pula mahir dalam membuka pintu atau peti besi dan seumpama dengannya . Batrisya dan Arif pula bersedia di dalam kereta yang diparkir tidak jauh dari rumah itu . Sekiranya perlu , mereka akan bergegas ke rumah banglo yang gah di tengah hutan itu untuk back up .

---

" Rul , CCTV ni macam tak berfungsi je aku tengok " kata Laura sedang meneliti setiap komputer yang memaparkan hanya skrin hitam . Kosong .

" So , senang la kerja kita . Tak perlu nak jaga CCTV ni kan ? " balas Shahrul malas kerana dia baru sahaja berhempas-pulas melawan dua orang pengawal yang mengawal bilik kawalan ini . Mereka bukan calang-calang orang .

" Kalau macam tu , kita nak buat apa sekarang ? " tanya Laura sambil berpusing menghadap muka Shahrul . Shahrul tidak menjawab tetapi senyuman nakal yang diberikan turut membuatkan Laura menelan liur kelat .

----

"Kim , buka pintu ni . Aku nak masuk dan kau pun ikut sekali " arah Tengku Eiril dengan isyarat tangan sebagai pengganti percakapannya .

" Kau sebelah sana , aku sebelah sini . Jangan lupa misi kita untuk jadikan Datuk Syamsul sebagai tawanan " beritahu Tengku Eiril mengingatkan .

" Okay " balas Hakim pendek sebelum bergerak untuk mencari Datuk Syamsul .

----

Ting!

Bunyi pintu utama rumah banglo itu meminta ingin dibuka . Mak Wan , selaku orang gaji di dalam rumah itu terkedek-kedek menuju ke pintu rumah untuk melihat gerangan tetamunya .

" Ya , dik ? "

" Haa , ni pizza yang Datuk Syamsul pesan " kata Umaira seraya menghadiahkan seulas senyuman .

" Terima kasih , ya dik ? " balas Mak Wan sopan sebelum kembali menutup pintu tetapi Umaira lebih pantas menolak Mak Wan dan pizza jatuh bersama Mak Wan .

" Maira dah masuk rumah " beritahu Umaira kepada team yang lain menggunakan alat perhubungan di telinganya .

" Roger " balas mereka seraya Umaira tersenyum puas kerana dengan mudah sekali dia dapat masuk ke dalam rumah banglo ini yang dikatakan kawalannya ketat .

Umaira sempat melihat sekeliling rumah tersebut . Cantik . Dia begitu teruja sekali sebelum dia mendengar deheman seseorang dari belakangnya .

" Amboi . Tengok rumah dia sampai lupa ke misi kita ? " tegur Tengku Eiril .

" Hish , abang ni . Dahla jom " ajak Umaira sebelum berlalu meninggalkan abangnya di belakang .

" Rasanya ni bilik datuk kot . Jom ! " kata Umaira sebelum menarik lengan abangnya tanpa sempat Tengku Eiril berkata apa-apa .

Di dalam bilik itu , tersergam indah hiasan yang mampu memukau mata sesiapa sahaja . "Tinggi jugak taste orang tua ni" gumam Tengku Eiril sambil tersenyum sinis .

" Eh , siapa korang hah ? Buat apa korang masuk bilik aku ? " tanya Datuk Syamsul yang baru lepas mandi . Mukanya agak sedikit pucat dek kerana dia sedar , dalam perniagaan dia , memang tidak dapat lari dari musuh .

" Kami siapa tu tak penting " jawab Tengku Eiril pendek sebelum menumbuk muka dan perut Datuk Syamsul sehingga membuatkan beliau terkulai lemah dan akhirnya pengsan .

Tengku Eiril mendukung Datuk Syamsul di atas bahunya dan Umaira hanya membuntuti langkah Tengku Eiril . Selepas mereka semua keluar , Syed Hazwan terus meledakkan bom di rumah banglo yang gah itu dan perlahan-lahan rumah itu hancur .

" So , jom gerak " arah Tengku Eiril seraya tersenyum sinis tatkala melihat Datuk Syamsul yang masih tidak sedarkan diri .
























































Siapa Datuk Syamsul ni eh ? Penting ke watak dia ? Takapala asalkan misi diorang yang pertama dah berjaya . Terima kasih buat readers yang setia menunggu .

Vote and comment !!


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | Andai Aku ✓Where stories live. Discover now