29

256 29 4
                                    

Sufian mengemas barang-barang miliknya untuk dia berangkat esok ke Johor . Ayahnya telah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk dia menguruskan resort tersebut .

Tiba-tiba , dia teringatkan seseorang . Dia terus mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang .

----

"So , korang fahamkan? Ada soalan?" tanyanya sambil menyilangkan tangan di dada . Semua menggeleng .

"Kalau macamtu , boleh bersurai" ujarnya . Ketika Batrisya membuka pintu , terpacul wajah Qistina Sofea .

"Erm , korang dah setel ke meeting?" tanyanya seperti serba salah .

"Dah" balas mereka serentak .

"Tahulah rindu suami kau . Ni taksempat 24 jam" sakat Umaira lalu tergelak kecil . Penampar sulung diberikan pada lengannya .

"Aduh , sakitlah" katanya sambil mencebik .

"Hubby , sayang rindu" ujarnya sebelum memeluk erat tubuh si suami .

"Makin manja ye sayang hubby ni" usiknya sambil membelai rambut lurus keperangan milik Qistina Sofea .

"Abang yang ajar" sakat Qistina Sofea pula .

"Anak kita dah tidur ke?" tanya Tengku Eiril mengubah topik .

"Tak . Dia nak tunggu tidur dengan hubby" balas Qistina Sofea sambil menarik tangan Tengku Eiril .

Badan Tengku Eiril langsung tidak berganjak . Tengku Eiril bangun sendiri tanpa memerlukan pertolongan Qistina Sofea lalu menolak perlahan tubuh kecil Qistina Sofea .

Qistina Sofea menelan air liur kelat . Tengku Eiril mendekatkan wajahnya sehingga Qistina Sofea merasakan hembusan nafas milik si suami .

"H...h... hubby kenapa?" tanya Qistina Sofea gagap .

"Nak lepas rindu . Esok nak bertolak dah" ujarnya .

"Jomlah naik bilik . Yana tunggu dah tu" katanya untuk mengelak dari bertentang mata dengan Tengku Eiril .

Tengku Eiril tidak menjawab tetapi menarik dagu Qistina Sofea untuk melihatnya . Detak jantung mereka tidak stabil tatkala mata hazel milik sang suami bertemu mata hitam milik si isteri .

Bak kata orang , ' Dari mata turun ke hati ' .... gitcheww

"Eiril , Yana...." belum sempat Umaira ingin menghabiskan bait katanya , dia segera menoleh apabila melihat aksi yang tidak sepatutnya di dalam bilik mesyuarat itu .

Qistina Sofea yang tersedar dari khayalannya , segera menolak Tengku Eiril lalu bangun menuju ke arah Umaira .

"Yana kenapa , Maira?" tanyanya gugup .

"Dah habis ke adegan tu?" tanya Umaira inginkan kepastian .

"Dah" balas Tengku Eiril lalu mendekati Qistina Sofea sambil tangannya galak melingkari pinggang isterinya . Perlahan-lahan , Umaira membuka matanya .

"Dia cari korang" ujar Umaira sebelum matanya tertancap pada tangan Tengku Eiril yang sedang melingkari pinggang Qistina Sofea . Umaira cepat-cepat berlalu .

----

Sufian's POV

"Assalamualaikum" ucap aku sebagai pembuka bicara orang Islam .

"Waalaikumussalam , ye Sufian" balas Ayuni .

"Aku nak bagitahu dekat kau ni" kata aku . Entah mengapa , berat rasanya hati aku untuk meninggalkan si dia .

"Herm apa?" balasnya .

"Aku nak ke Johor esok . Maybe aku stay sana" beritahu aku berhati-hati .

"Kenapa?" tanya Ayuni hairan .

"Sebab kau tolak lamaran aku" usik aku sengaja ingin menyakat girlfriend sendiri .

"Kau ni... janganla buat aku serba salah" kata Ayuni dengan nada yang sebak .

"Hish , takdela . Aku terima keputusan kau tu dengan hati yang terbuka . Ni ha , ayah aku suruh aku uruskan cawangan resort dia tu" beritahu aku hal sebenar .

"Oh . Lama ke?" tanya Ayuni ingin tahu .

"Maybe aku dah tak balik KL . Aku ingat nak stay sana la" balasku selamba .

"Serious lah!" jerit Ayuni tidak percaya . Tubir matanya perlahan-lahan mengalirkan air mata .

"Weyh! Kau nangis ke?" sakat aku . Sepi tanpa balasan tetapi terdengar bunyi hingusan yang ditarik .

"Alah , kau jangan nangis . Aku bukan nak ke US pun . Aku ada je dekat Malaysia ni . Insyaallah , selagi nyawa dikandung badan , aku akan ada di sisi kau . Hopefully , you will meet someone better than me" pujuk aku . Girlfriend aku mestilah aku tahu macamana nak pujuk .

"Kau ni , tak baik . Aku tak nak pengganti lain sebab aku sayang kau" balasnya . Hatinya sebak tatkala kini .

"Yela yela . Dahlah aku nak kemas barang lagi ni . Nanti tertinggal pulak" potong aku . Tak sanggup aku untuk dengar suara tangisan milik orang yang sangat aku sayangi .

"Take care . Nanti aku pergi resort kau . Jaga mata kau tu . Layan pelanggan perempuan biasa-biasa je jangan duk menggatal" pesan Ayuni bernada amaran . Sufian menghamburkan tawa . Geli hati aku dibuatnya .

"Kau jealous eh" sakat aku .

"Yela" balasnya .



sorry korang sebab chapter ni betul-betul pendek 😭 665 words jee... bukan takde idea tapi nak bagi banyak chapter sikit hehe ...

vote and comment !!!

C | Andai Aku ✓Where stories live. Discover now