[MY BABYGIRL]
KLIA, Malaysia
Theo, Arslan dan Triston tiba di Malaysia
"I'm home, Malaysia"kata Theo dan Triston serentak.
"Aku tahulah excited nak balik rumah, tak payahlah tunjuk sangat"kata Arslan.
"Eleh kau pun excited, ada hati nak kata orang"kata Theo menjeling menyampah ke arah Arslan.
"Entah, singa Narnia ni taknak mengaku pulak"kata Triston lalu Arslan tersengih.
"Takde siapa ke nak ambil kita ni?"soal Theo memandang sekeliling lapangan terbang tersebut.
"Mana ada gila, dah tentu-tentu Jace dengan Dion tengah honeymoon dengan bini diorang"kata Arslan.
"Habis kita nak balik naik apa ni?"soal Triston.
"Naik karpet terbang Aladdin"kata Theo.
"Bodoh"kata Arslan dan Triston serentak lalu Theo ketawa.
"Dahlah jom balik rumah"kata Arslan.
"Rumah Aziel?"soal Triston.
"Rumah kitalah gila, kan Aziel dah suruh semua duduk asing-asing"kata Arslan.
Selepas Jace dan Dion berkahwin dengan pilihan hati mereka, Aziel mengeluarkan arahan supaya duduk secara berasingan memandangkan ingin memberi privasi kepada yang dah berkahwin manakala Theo, Arslan dan Triston duduk serumah, maklumlah single.
"Kalau macam tu, jomlah beli waffle dulu, laparlah"kata Theo sambil memegang perutnya.
"Kau an asal kat airport waffle, asal waffle je kat airport"kata Arslan geram.
"Entah, perut kau memang dah set eh, sampai airport makan waffle?"soal Triston.
"Biarlah, dah aku lapar"kata Theo sambil mencebik.
"Dah tu jomlah, aku pun lapar"kata Arslan.
Pak!
"Akhh sakitlah piglet!"jerit Arslan apabila kepalanya ditampar oleh Theo.
"Tadi kata orang lepastu dia pun sama, babi punya singa Narnia"kata Theo geram manakala Triston sudah ketawa melihat Arslan.
"Sial punya piglet"kata Arslan.
"Dah jomlah balik"kata Triston.
"Sabarlah nak jalan lah ni, eii Fitzgerald ni karang"kata Theo geram.
YOU ARE READING
THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED]
RomanceStorm Series: 3 Theo Collins, lelaki kacukan Korea-Italy. Seorang yang kacak, comel, manja dan masuk air tetapi bila muncul kedinginannya, orang di sekeliling akan berasa gerun. Namun, siapa sangka si piglet akan jatuh cinta pada seorang gadis. "Kau...