MTC 21🧡

6.4K 547 51
                                    

[MY BABYGIRL]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[MY BABYGIRL]

Theo menghantar Aulia pulang ke asramanya memandangkan esok dia mempunyai kelas.

"Dah sampai"kata Theo lalu memandang Aulia yang sedang lena.

Theo memandang wajah Aulia yang sedang lena itu dengan penuh minat lalu dia mengeluarkan iphone miliknya.

Klik!

"Comel"kata Theo selepas mengambil gambar Aulia yang sedang lena.

"Urmm"rengek Aulia apabila tersedar lenanya lalu Theo tersentak dah membetulkan posisi seperti tiada apa yang berlaku.

"Dah sampai ke?"soal Aulia sambil menggosok matanya.

"Taklah, lambat lagi, kita singgah kejap kat marikh beli souvenir"kata Theo dengan nada perli lalu Aulia membeliakkan mata memandang Theo yang menayangkan muka selamba.

"Aku serious tau"kata Aulia dingin.

"Aku pun serious, dah kau tanya soalan bodoh, jawapan bodoh lah kau dapat"kata Theo selamba lalu Aulia menjeling tajam ke arah Theo.

"Dahlah, layan kau buat sakit hati je"kata Aulia lalu keluar dari kereta Theo dengan wajah selamba.

"Mak aih, bertuah punya bakal bini, dah tolong hantar balik pun ego lagi tu, ucaplah terima kasih ke even tak ikhlas sekali pun"bebel Theo seorang diri sambil memerhatikan Aulia yang menuju naik ke bilik asramanya.

Theo terus memandu keluar dari kawasan asrama tersebut selepas Aulia masuk ke dalam biliknya.

"Macam mana jumpa family bakal laki kau tadi?"soal Laura pada Aulia.

"Okaylah, fun jugak family dia"kata Aulia mendatar.

"So mak mertua dengan bapak mertua kau okay?"soal Laura.

"Okay, diorang baik and aku tak rasa macam family mafia bila dengan diorang, it just like a happy family"kata Aulia.

"Diorang tahu pasal sejarah kau?"soal Laura lalu Aulia terkedu sebelum kembali memandang Laura.

"Tahu"jawab Aulia perlahan.

"Diorang kata apa?"soal Laura.

"Past is past, now is the present. It's time to move on"kata Aulia.

"See, diorang tetap terima kau seadanya sebagai menantu diorang, tu pun kau tetap nak minta cerai ke?"soal Laura.

"Yup, aku tetap akan minta cerai"kata Aulia tanpa perasaan.

"Takkan kau takde rasa sikit suka or cinta dekat Theo?"soal Laura.

"Apa pun kau cakap Laura, aku tetap dengan keputusan aku yang aku nak bercerai dengan Theo lepas aku dah selamat dari musuh dia dan aku takkan cintakan Theo"kata Aulia tegas.

THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED]Where stories live. Discover now