MTC 37🧡

5.9K 492 26
                                    

[MY BABYGIRL]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[MY BABYGIRL]

Seminggu kemudian...

Theo seperti biasa menghantar Aulia ke universiti cuma yang berbeza kali ini ialah Theo menghantar isterinya sehingga di hadapan pintu dewan kuliah memandang isterinya sudah mula peperiksaan semester akhir.

Theo dan Aulia berjalan ke arah dewan kuliah sambil berpegangan tangan manakala Arslan berjalan bersama Laura dan Triston bersama Maya.

"Okay kita dah sampai depan pintu ni"kata Theo sambil melepaskan tangan isterinya.

"Ada nak pesan apa-apa ke sebelum saya masuk?"soal Aulia sambil tersenyum memandang suaminya.

"Buat elok-elok, kalau tak tahu ingat muka saya mesti keluar jawapan"kata Theo lalu Aulia mecubit lembut perut suaminya membuatkan Theo ketawa kecil.

"Takdelah, goodluck babygirl. Give your best shot"kata Theo lalu Aulia menganggukkan kepala sambil tersenyum.

Aulia menyalam dan mencium kekura tangan suaminya lalu Theo mengucup dahi isterinya.

"Makin berbulu mata aku tengok kdrama live ni"kata Arslan.

"Kan, bilalah nak merasa"kata Triston.

"Korang dah ada partner tunggu apa lagi? Kahwinlah"kata Theo geram manakala Aulia ketawa kecil.

"Sabarlah, pujaan aku tak habis belajar lagi"kata Arslan sambil memandang Laura yang berada di sebelahnya.

"Entah, bagilah calon aku habis belajar dulu baru fikir pasal kahwin"kata Triston sambil memandang Maya lalu Maya menganggukkan kepala tanda setuju.

"Dah jom kita masuk, dah lambat dah ni"kata Aulia lalu Theo menganggukkan kepala sebelum isterinya melangkah masuk ke dalam dewan kuliah bersama Laura dan Maya.

"Goodluck awak"kata Arslan pada Laura lalu Laura tersenyum.

"Baca bismillah sebelum mula jawab tu"kata Triston pada Maya lalu Maya menganggukkan kepala sambil tersenyum sebelum masuk ke dalam dewan kuliah tersebut.

"So kita ni nak buat apa?"soal Theo pada Arslan dan Triston.

"Kita pergi rumah Aziel jom, lama tak jumpa Aries dengan Ariel"kata Arslan.

"Haahlah, aku rindu pulak kat mummy dengan daddy"kata Triston.

"Kalau macam tu let's go serang rumah Aziel"kata Theo.

"Mari!"kata Arslan dan Triston teruja lalu mengekor Theo dari belakang menuju ke kereta.

Tiba-tiba tubuh Theo dipeluk secara mengejut oleh seorang perempuan lalu dia melihat Sara yang sedang memeluk tubuhnya membuatkan Arslan dan Triston turut terkejut.

Cepat-cepat dia meleraikan pelukan dan memandang tajam ke arah Sara.

"Kau pahal peluk aku?"soal Theo dingin.

THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED]Where stories live. Discover now