MTC 6🧡

7K 630 101
                                    

[MY BABYGIRL]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[MY BABYGIRL]

Aulia dan Laura keluar dari dewan kuliah sebaik sahaja kelas mereka tamat lalu mereka berdua berjalan menuju ke arah kafeteria.

"Beb, kau nak makan apa?"soal Laura pada Aulia sebaik sahaja mereka duduk di meja makan.

"Kau belikan aku air mineral jelah"kata Aulia.

"Takkan air mineral je?"soal Laura.

"Air mineral je, aku takde selera nak makan"kata Aulia lalu Laura menurut sebelum dia bangun membeli makanan dan minuman.

"Bukan takde selera tapi duit bulan ni tak masuk lagi"kata Aulia perlahan sebaik sahaja Laura melangkah pergi dari meja.

Tanpa Aulia sedar, ada tiga pasang mata yang sedang memerhatikan dirinya dari sebalik tembok.

"Kau kata kau tak suka dia, tapi ni apa kes kau heret kitorang sekali?"soal Arslan.

"Entah, pukul 11 pagi pulak tu kau heret kitorang"kata Triston.

"Bila masa aku cakap aku suka dia?"soal Theo.

"Habis dah kalau kita duk mengendap dari tembok ni macam orang bodoh ni apa?"soal Arslan.

"Siap suruh pakai mask lagi dengan hoodie, dah macam pencuri dah ni"kata Triston.

"Ala suka hati akulah ajak korang, at least tak bosan nak stalk dia"kata Theo.

"Kau pun nak menipu pun agak-agaklah, kalau kau suka cakap jelah suka"kata Arslan.

"Eii piglet ni, suka cakap suka"kata Triston.

"Ala nanti fikir, nak stalk dulu ni"kata Theo lalu menyambung sesi menghendap Aulia dari belakang tembok bersama Arslan dan Triston.

"Nah air mineral kau"kata Laura sambil menyerahkan sebotol air mineral pada Aulia.

"Thanks"kata Aulia sambil menyambut air mineral tersebut dari Laura lalu Laura duduk di hadapan Aulia.

"Haih comelnya crush aku"kata Arslan tanpa sedar lalu Theo dan Triston saling berpandangan sebelum memandang Arslan.

"Crush kau!?"soal Theo dan Triston serentak lalu Arslan tersentak.

"Eh mana ada, crush yang candy crush tulah"kata Arslan.

"Aku ni bodoh dan hensem tau, tak pekak lagi tau"kata Theo.

"Entah, kau ingat kitorang tak korek telinga?"soal Triston lalu Arslan tersengih.

"Kau nak bercinta boleh tapi lepas aku dapat pikat perempuan kasar tulah"kata Theo tanpa sedar lalu Arslan dan Triston pula saling berpandangan sebelum memandang Theo kembali.

THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED]Where stories live. Discover now