MTC 33🧡

6.6K 599 47
                                    

[MY BABYGIRL]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[MY BABYGIRL]

Theo, Arslan dan Triston menunggu Aulia di hadapan rumah STORM FAMILY.

Theo elok bersandar di tepi kereta miliknya manakala Arslan dan Triston bersandar di tepi kereta milik Arslan.

"Kenapa bini kau macam pelik je"kata Arslan.

"Haah, kena rasuk ke tiba-tiba berubah jadi elok, biasa muka tak rilek"kata Triston.

"Entah, macam nak kena pergi jumpa ustaz Adam la"kata Theo.

"Ustaz Adam mana?"soal Arslan dan Triston serentak.

"Ustaz Adam movie munafik tu"kata Theo lalu gelak.

"Bodoh hahahahahaha"kata Arslan dan Triston serentak lalu gelak bersama Theo.

"Tapi mungkin isteri kau dah mula buka hati dia untuk kau"kata Arslan.

"Tak tahulah, tapi kalau betul alhamdulillah"kata Theo meraup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya.

"Alhamdulillah"kata Arslan dan Triston mengikut perbuatan Theo.

"Awak, jom"panggil Aulia yang baru keluar dari rumah tersebut.

"Ouh okay jom"kata Theo lalu memberi isyarat kepada Arslan dan Triston menandakan mereka akan bergerak menghantar Aulia ke universiti.

Theo membuka pintu kereta untuk isterinya lalu Aulia masuk ke dalam perut kereta.

Theo terus melangkah masuk ke dalam tempat duduk pemandu lalu menghidupkan enjin dan terus memulakan pemanduannya ke universiti isterinya diikuti kereta Arslan di belakang.

.

.

.

Theo, Aulia, Arslan dan Triston tiba di universiti Aulia.

"Okay, awak balik pukul berapa?"soal Theo pada Aulia sebelum isterinya turun dari kereta.

"Saya habis kelas pukul 1 tapi saya nak jumpa Laura kejap sampai pukul 3"kata Aulia pada suaminya lalu Theo menganggukkan kepala.

Baru sahaja Aulia ingin turun, dia terus memusing ke arah suaminya membuatkan Theo memandang pelik ke arah isterinya.

Tanpa sebarang isyarat, Aulia menarik dan mencium kekura tangan suaminya membuatkan Theo terkejut melihat perbuatan isterinya.

'Apa kena dengan bini aku ni? Kena rasuk Jin ke?'soal Theo dalam hati sambil memandang isterinya dengan wajah terkebil-kebil.

Aulia tersenyum lalu ketawa kecil melihat reaksi suaminya.

"Awak takde nak pesan apa-apa ke kat saya?"soal Aulia lembut.

"Err....jaga diri, jangan nakal-nakal"kata Theo tergagap lalu Aulia menganggukkan kepala sebelum dia turun dari kereta.

THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED]Where stories live. Discover now