MTC 50🧡

7.7K 576 10
                                    

[MY BABYGIRL]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[MY BABYGIRL]

Aulia berdiri di hadapan pintu bilik Theo dan menarik nafas panjang sebelum dia mula mengetuk pintu suaminya.

Knock! Knock!

Theo membuka perlahan pintu biliknya selepas beberapa saat lalu dia melihat ke arah Aulia yang berdiri di hadapannya.

"Apa kau nak?"soal Theo.

"Saya nak ajak awak makan, saya dah masak"kata Aulia.

"Aku takde selera, kau pergilah makan dengan diorang"kata Theo tanpa nada.

"Tapi saya...-"percakapan Aulia telah dipotong oleh Theo.

"Aku tak lapar dan jangan paksa aku"kata Theo lalu menutup pintu.

Aulia menghela nafas panjang lalu dia melangkah ke arah tangga untuk turun ke tingkat bawah.

"Dia tak turun?"soal Laura pada Aulia yang menghampiri meja makan lalu Aulia menggelengkan sebelum dia duduk di sebelah Laura.

"Nanti tengah malam dia turun lah tu"kata Arslan lalu Aulia menganggukkan kepala sebelum mereka mula makan.

Pak!

"Aduh sakitlah gila"jerit Arslan apabila tangannya ditepuk oleh Triston.

"Doa mana doa?"soal Triston lalu Arslan tersengih.

"Sorrylah lapar"kata Arslan lalu dia mula mengetuai bacaan doa makan.

Sepanjang makan malam, hanya Aulia yang senyap dan sesekali dia mengerling ke arah kerusi yang kosong di sebelahnya mengharapkan Theo makan bersamanya.

Arslan, Laura, Triston dan Maya hanya menayangkan wajah kasihan melihat Aulia.

.

.

.

Theo melangkah turun dari tingkat atas sebaik sahaja semua orang sudah masuk ke dalam bilik untuk tidur.

Theo melangkah ke arah dapur.

"Lapar siot"kata Theo sambil menggosok perutnya.

"Nak makan apa ni?"soal Theo membuka kabinet lalu melihat isi kandungan yang berada dalam kabinet tersebut sebelum matanya memandang ke arah tudung saji yang terdapat di atas meja.

Theo melangkah ke arah meja lalu dia mengangkat tudung saji tersebut dan terlihat ada lauk di atas meja bersama nasi.

"Takde orang nampak an?"soal Theo sambil matanya melilau melihat sekeliling rumah supaya tiada orang nampak dia di meja makan.

"Okay takde orang"kata Theo selepas memastikan tiada orang yang terjaga lalu duduk di atas meja dan mula makan.

Theo mula menyuap makanan yang dimasak oleh Aulia.

THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED]Where stories live. Discover now