[MY BABYGIRL]
Aulia duduk di kepala katil sambil tangannya membelak muka surat novel yang dibacanya.
Knock! Knock!
Bunyi ketukan pintu menghentikan perbuatan Aulia lalu dia memandang pintu.
"Siapa tu?"soal Aulia sedikit kuat.
"Perompak hati awak"kata Theo di balik pintu lalu Aulia merengus geram sebelum dia bangun dan menghampiri pintu.
"Boleh tak jangan main-main, saya tak suka"kata Aulia sebaik sahaja membuka pintu.
"Apa? Betullah saya nak rompak hati awak"kata Theo selamba sambil tersenyum manis lalu Aulia menjeling menyampah ke arah suaminya.
"Baik awak cakap apa yang awak nak cakap sebelum saya tutup pintu ni"kata Aulia mendatar.
"Okay, okay, saya nak ajak awak dinner"kata Theo lembut.
"Saya tak lapar"kata Aulia tanpa nada.
"Jomlah turun, saya yang masak ni"kata Theo.
"Boleh tak awak jangan paksa saya, saya dah kata saya taknak maknanya saya taknaklah"kata Aulia dingin.
"Dan saya taknak makan dengan awak"kata Aulia dingin.
"Tapi..-"
Bam!
Pintu dihempas di hadapan Theo membuatkan Theo terkejut.
"Saya simpankan sikit untuk awak okay?"kata Theo namun tiada respon dari Aulia.
Theo menghela nafas panjang sebelum melangkah untuk turun ke tingkat bawah.
"Aik? Asal kau turun sorang? Mana bini kau?"soal Arslan yang sudah berada di meja makan bersama Triston.
"Haah, kenapa kau sorang je yang turun?"soal Triston.
"Isteri aku tak lapar, kejap lagi dia turunlah tu"kata Theo sambil duduk di kerusi.
"Dia hempas pintu sebelum kau habis cakap kan?"soal Arslan.
"Mana kau tahu?"soal Theo lalu Arslan dan Triston menepuk dahi, ' kita kan serumah gila, mestilah dengar orang hempas pintu'
"Rumah kita ni kalau bunyi hempas pintu bawah tanah tu pun boleh dengar bingai"kata Triston lalu Theo tersengih.
YOU ARE READING
THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED]
RomanceStorm Series: 3 Theo Collins, lelaki kacukan Korea-Italy. Seorang yang kacak, comel, manja dan masuk air tetapi bila muncul kedinginannya, orang di sekeliling akan berasa gerun. Namun, siapa sangka si piglet akan jatuh cinta pada seorang gadis. "Kau...