[MY BABYGIRL]
Aulia bangun dari tidurnya lalu dia mandi membersihkan diri sebelum keluar dari bilik dan turun menuju ke dapur.
Hatinya menyatakan dia patut cuba membuka hatinya untuk menerima suaminya dan hari ini dia berancang untuk membuat sarapan untuk Theo buat pertama kalinya selepas mereka berkahwin.
"Apa aku patut masak untuk dia eh?"soal Aulia sambil jari telunjuknya di dagu.
"French toast and pancakes boleh kot"kata Aulia lalu mula mengambil bahan untuk membuat french toast dan pancakes.
Sedang Aulia menyiapkan sarapan, dia di sapa oleh seseorang.
"Aulia?"sapa satu suara lalu Aulia menoleh memandang ke arah pemilik suara tersebut.
"Awak buat apa kat situ?"soal Aulia melihat Theo yang bersandar di tepi peti sejuk sambil berpeluk tubuh.
"Saya patut tanya awak buat apa, lagipun kelas awak pukul 11 kan? Sekarang baru pukul 7, awalnya awak bangun"kata Theo mendekati Aulia.
"Yelah, saya nak buat sarapan. Awalnya awak bangun"kata Aulia.
"Saya tidur ruang tamu semalam lepas karaoke, ni saya bangun pun tadi sebab nak pergi tandas lepas tu ternampak awak kat dapur ni. Tu yang saya tanya awak"kata Theo lalu Aulia menganggukkan kepala.
"Awak buat sarapan untuk siapa?"soal Theo lalu Aulia terkedu tak tahu nak jawab apa, ' jawab untuk dia karang kembang pulak hidung mamat ni'
"Aulia, saya tanya ni"kata Theo menyentakkan Aulia lalu dia kembali memandang suaminya.
"Untuk saya makanlah"kata Aulia.
"Banyaknya awak nak makan"kata Theo melihat sarapan yang dibuat oleh Aulia.
"Okay fine, saya masak untuk awak sekali"kata Aulia lalu Theo terkejut.
"Awak masak untuk saya?"soal Theo tidak percaya.
"Ya Theo Collins, saya masak untuk awak. Puas hati?"soal Aulia menahan malu lalu Theo tersenyum memandang isterinya.
"Terima kasih awak"kata Theo lembut lalu Aulia memandang ke arah suaminya.
"Kenapa awak nak ucap terima kasih?"soal Aulia.
"Yelah, saya rasa macam saya susahkan awak pulak, dahlah saya cedera lepastu awak kena masak untuk saya walaupun kalau ikut syarat, awak tak sepatutnya buat macam ni"kata Theo dengan ayat terakhir diperlahankan namun masih dapat didengar oleh Aulia lalu Aulia sedikit tersentak.
Baru sahaja Aulia ingin bersuara, satu suara mencelah.
"Sedapnya bau"kata Puan Fay yang masuk ke dapur bersama menantu-menantunya lalu mereka melihat Theo dan Aulia di dapur.
"Mummy ganggu ke?"soal Puan Fay.
"Eh takdelah mummy, Theo baru masuk dapur"kata Theo.
"Betul ke ni? Aulia?"soal Inara pada adik iparnya.
YOU ARE READING
THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED]
RomanceStorm Series: 3 Theo Collins, lelaki kacukan Korea-Italy. Seorang yang kacak, comel, manja dan masuk air tetapi bila muncul kedinginannya, orang di sekeliling akan berasa gerun. Namun, siapa sangka si piglet akan jatuh cinta pada seorang gadis. "Kau...