MTC 35🧡

7K 576 18
                                    

[MY BABYGIRL]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[MY BABYGIRL]

Aulia melihat ke arah suaminya yang lena di atas meja sambil memegang tangannya.

Tinggal mereka berdua sahaja yang berada di meja tersebut memandangkan Arslan dan Laura sudah keluar bersama Triston dan Maya.

Aulia memandang wajah suaminya dengan penuh minat.

"Hensemnya suami saya ni"kata Aulia sambil mengusap wajah kacak suaminya.

"Saya tahu"kata Theo sambil mencelikkan mata lalu Aulia menarik tangannya namun ditahan oleh suaminya.

Theo bangun dari meletakkan kepala di atas meja lalu dia memandang isterinya.

"Dah berapa lama awak sedar?"soal Aulia perlahan.

"Lamalah jugak, dari awak usap pipi comel saya ni"kata Theo lalu Aulia menjeling menyampah padahal dalam hati dah malu.

"Dah habis kerja dah?"soal Theo lembut lalu Aulia menganggukkan kepala.

"Jom pergi makan, awak tak makan lagi kan?"soal Theo.

"Okay, saya pun lapar ni"kata Aulia lalu mereka berdua bangun dan Theo membantu mengemas barang isterinya.

"Jom"kata Theo sambil membawa tote bag isterinya.

"Biarlah saya yang bawak"kata Aulia.

"Takpe babygirl, biar saya bawak. Tapi kalau awak nak bawak jugak, sini"kata Theo sambil menghulurkan tangan.

"Kenapa dengan tangan awak and apa kena mengena dengan bawak barang saya?"soal Aulia pelik memandang tangan suaminya.

"Peganglah dulu baru saya jawab"kata Theo lalu Aulia memegang tangan Theo dan memandang wajah suaminya.

"Sekarang awak bawak tangan saya sebagai ganti bawak barang awak"kata Theo lembut lalu Aulia tersenyum sambil menampar lembut lengan suaminya manakala Theo tergelak sebelum mereka berdua melangkah keluar dari perpustakaan tersebut.

Mereka berdua melangkah ke arah kereta sambil berpegangan tangan.

"Hai baby"sapa satu suara lalu Theo dan Aulia menoleh.

"Awak, dia panggil awak ke?"soal Theo pada Aulia apabila melihat Sara menghampiri mereka berdua.

"Bila masa nama saya baby? Setahu saya, awak je panggil saya baby, tu pun babygirl"kata Aulia lalu Theo menganggukkan kepala.

"Hai baby"kata Sara pada Theo dengan nada menggoda lalu Theo melihat sekeliling.

"Kau cakap dengan aku ke?"soal Theo.

"Yes, you lah baby. Dah lama you tak call I"kata Sara lalu Theo dan Aulia terkejut.

"Bila masa aku call kau? Kenal pun tak"kata Theo.

"I tak sangka you dah lupa janji you pada I"kata Sara.

"Janji apa kau ni? Jangan mengarutlah"kata Theo mendatar lalu Aulia melepaskan tangan suaminya dan melangkah ke arah kereta, entah mengapa hatinya sakit.

THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED]Where stories live. Discover now