[MY BABYGIRL]
Bang! Bang! Bang!
Tembakan dilepaskan oleh ke arah sasaran yang diletakkan di kawasan lapangan menembak.
"Tuan"panggil Zec yang menghampiri Gabriel lalu Gabriel menoleh.
"Macam mana dengan perempuan yang kita upah tu?"soal Gabriel sambil meletakkan pistol di atas meja.
"Dua dah mula jalankan tugas dia, Tuan"kata Zec lalu Gabriel tersenyum sinis.
"Bagus, sekarang dah tiba masa untuk mulakan permainan and suruh orang kita bersedia, sebaik sahaja perbalahan Theo dengan Aulia bermula. Bawak isteri dia dia pada aku, kita akan jadikan dia umpan"kata Gabriel sinis sambil berpeluk tubuh.
"Baik Tuan"kata Zec menurut sebelum dia keluar dari kawasan lapangan menembak tersebut untuk menjalankan tugas.
.
.
.
Laura duduk di meja makan bersama Arslan.
"Awak fikir apa?"soal Arslan lembut lalu Laura menoleh memandang Arslan.
"Takdelah, saya terfikir, termakbul doa saya nak tengok Aulia buka hati dia terima Theo sebagai suami"kata Laura.
"Saya pun sama, akhirnya cinta piglet di balas juga"kata Arslan sambil tersenyum.
"Saya nak tanya boleh?"soal Laura pada Arslan yang sedang menyuap kek ke dalam mulutnya.
"Tanyalah"kata Arslan lembut.
"Kenapa awak selalu ada dengan Theo dan Triston?"soal Laura takut-takut.
"Saya ni kawan Sky masa kecil dulu, and after that family dia jadikan saya sebagai anak angkat memandangkan dulu saya sebatang kara. So kira macam saya ni abang pada diorang berdua lah"jelas Arslan lalu Laura menganggukkan kepala.
"Awak pulak? Family awak?"soal Arslan ingin tahu.
"Saya ni anak luar nikah. Dulu masa saya lahir, saya dibuang and ada satu family ni sangat baik yang jadikan saya sebagai anak susuan and alhamdulillah diorang jaga saya dengan baik sampai sekarang"jelas Laura lalu Arslan tersentak.
"Maaf saya tak tahu"kata Arslan perlahan.
"Takpelah awak bukan salah awak, lagipun inikan takdir"kata Laura sambil tersenyum.
"Tapi sekarang awak dah ada keluarga, saya pun ada kalau awak nak"kata Arslan lalu Laura ketawa kecil mendengar ayat Arslan.
"Saya nak awak?"soal Laura.
"Yelah, mestilah awak nak saya sebagai calon imam awak, doa qunut saya hafal tau"kata Arslan lalu Laura tersenyum malu.
"Nak muntah pulak aku tengok singa mengawan kat sini"celah Triston yang memerhatikan mereka dari tadi di meja hadapan lalu Maya ketawa kecil mendengar ayat Triston.
YOU ARE READING
THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED]
RomansaStorm Series: 3 Theo Collins, lelaki kacukan Korea-Italy. Seorang yang kacak, comel, manja dan masuk air tetapi bila muncul kedinginannya, orang di sekeliling akan berasa gerun. Namun, siapa sangka si piglet akan jatuh cinta pada seorang gadis. "Kau...