MTC 23🧡

6.1K 551 33
                                    

[MY BABYGIRL]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[MY BABYGIRL]

Theo melangkah ke arah pelamin lalu duduk di sebelah Aulia.

Theo tersenyum kekok memandang Aulia manakala Aulia menayangkan senyuman palsu.

"Yang korang senyum lagi kenapa? Sarunglah cincin"tegur Arslan menyentakkan Theo dan Aulia lalu Theo mengambil cincin dan menyarungkan cincin pada jari manis isterinya lalu Aulia lambat-lambat menyalam tangan suaminya.

Tiba giliran Aulia pula menyarungkan cincin pada jari manis suaminya lalu Theo kekok memandang Aulia.

"Kena buat apa ni?"soal Theo lalu semua menepuk dahi, ' ah sudah slow pulak piglet ni'

"Papa ciumlah dahi mama Aulia tu"kata Aries geram.

"Harap muka hencem, tapi odoh"kata Ace lalu Theo tersentak.

"Setepek Aries dengan Ace bagi"kata Jace lalu Dion menganggukkan kepala.

"That's my son"kata Sky penuh bangga.

"Nice one"kata Aries lalu membuat fist bump dengan Ace.

"Kau tunggu apa lagi piglet? Ciumlah dahi bini kau tu, dah halal dah pun"kata Triston lalu Theo memandang Aulia.

Theo mendekatkan bibirnya dengan Aulia lalu Aulia dengan hati yang tidak rela menerima kucupan tersebut di dahinya.

"Macam tulah, baru betul"kata Luca lalu menepuk tangan.

Selepas sahaja semua memandang ke arah lain, Aulia terus mengesat dahinya yang dikucup oleh Theo tadi.

"Kenapa kau cium dahi aku? Aku dah cakap kan jangan sentuh aku"bisik Aulia pada Theo.

"Kalau aku kena tembak dengan abang aku, tak pasal-pasal kau jadi janda muda tau, siap pakej kau join aku sekali tau"kata Theo berbisik.

"Korang bisik apa? Cepatlah bangun ambil gambar"kata Arslan yang sudah siap memegang kamera di tangannya.

"Hikss...hikss.."tangisan Theo mula bergema lalu semua memandang Theo termasuk Aulia yang di sebelahnya.

"La kenapa pulak kau menangis ni?"soal Dion.

"Tahun ni tak dapat buat show, dapat nikah je"kata Theo dalam tangisan.

"Eh haahlah, huwaaa"kata Sky dan Aries lalu memeluk Theo diikuti Arslan dan Triston.

Aulia yang di sebelah memandang pelik, ' show apa pulak?'

"Show diorang selalu nyanyi tiap kali ada majlis kahwin family kita"celah Inara lalu Aulia menoleh memandang Inara.

"Macam mana akak tahu?"soal Aulia.

"Tengok muka pun akak tahu yang Aulia tengah fikir pasal show apa"kata Inara mengusik lalu Aulia hanya tersenyum kekok.

THEO COLLINS: THE JOKER [COMPLETED]Where stories live. Discover now