Kami meleraikan ciuman.
Dia tersenyum kepada ku tanpa melepaskan tangannya dari wajahku.
Masih di dalam peran,aku berlalu meninggalkannya.
"AND CUT!!!"
"Terima kasih untuk kerja yang bagus buat harini,kita bersurai!"Ucap P'Aof,direktor kepada siri yang kami lakonkan sebentar tadi.
Aku duduk seorang melihat permandangan kota Bangkok di malam hari.Sisa air mata tadi aku usap lalu bibirku ku sentuh.
Tanpa sedar aku tersenyum sendiri.
Entah apa yang tak kena dengan aku.
Ohm lalu melapasiku untuk mengambil barangannnya.Tampaknya dia sedang berbual dengan seseorang melalui telefon.
"Okey honey,biy dah habis shooting dah ni.Tunggu biy dekat rumah okey?"
Panggilan tersebut dimatikan.
Aku tak tahu kenapa.
Sakit mendengar perbualan sebentar tadi.
Ya.Ohm sudah mempunyai kekasih lebih tepat lagi seorang tunang,tetapi mereka masih belum boleh memberitahu kepada umum faktor daripada siri lakonan mereka yang sedang bersiaran dan sedang menjadi tarikan utama para peminat boys love.
Hanya kami,para barisan pelakon dan juga kru di balik tabir yang mengetahui tentang hubungan istimewa Ohm.
Siapa yang tidak mengenali Toey Sittiwat?Model terkenal Thailand.Ya,dialah tunangan Ohm.
Mereka dikhabarkan akan berkahwin setelah habisnya kontrak lakonan Ohm bersama GMMTV.
Tiba-tiba aku dapat rasakan ada tangan yang sedang memeluk pinggangku daripada belakang.
"Nanon?Apa yang kau fikirkan tu?Jauh sangat termenung."Ohm merehatkan dagunya di bahuku.
Aku keliru seketika sebelum menjawab.
"Tak...aku cuma penat sikitje.Harini banyak scene kan."
"Ke kau ingat scene tadi?" Ohm memalingkan wajahnya ke arahku sambil mengangkat keningnya.Terlalu dekat.
Aku hanya memandangnya sekilas kerana wajah kami terlalu dekat.Wajahku sudah menjadi panas walaupun ianya hanya sekilas.
"The Fuck" Aku memberinya jelingan kecil.
"HAHAHAHHA okeylah,aku tak ganggu kau lagi.Aku balik dulu okey?Kau tu drive hati-hati sebab dah malam ni.Tauuuu."Dia berlalu pergi.
Apa yang patut aku rasa?Aku keliru.Sentiasa keliru.Apa yang Ohm sebenarnya cuba untuk sampaikan kepadaku.
Aku selalu cuba menepis segala perasaan terjadapnya kerana Toey.Tapi,kenapa dia selalu melayaniku seperti ini?
"No,stop Nanon.Itu hanyalah fanservice semata-mata"Aku menghembuskan nafas berat sebelum berlalu untuk pulang.
° ° °
"Banyak scene eh harini?lambat balik."
"Haah tadi siang hujan lebat,jadi terpaksa batalkan shooting petang tu"Aku meletakkan barang-barangku lalu terus berbaring di riba nya.
"Any kiss scene yet?"Soalnya sambil mengusap lembut anak rambutku.
Aku terdiam seketika.
"Emm ada.Tadi."
"Kenapa?Honey okey je lah..kan itu kerja biy.Biy tu pelakon kan,mestilah kena berani buat semua benda kan"Dia mencuit hidungku.
"Seriously?Tak marah?"
Dia hanya mengangguk sambil tersenyum kecil.
"Yeayyyyy sebab ni lah I love you so much,Honey!!"Aku mendakapnya.Selesa.
Aku selesai membersihkan diriku dan melihat Toey yang sudah lena dibuai mimpi.Aku tersenyum kecil namun senyuman itu tiba-tiba memudar.
Aku bahagia.
Sangat bahagia bila bersama dengannya.
Tapi kenapa aku rasakan yang itu bukan cinta?Hanya sekadar bahagia disisinya.
Sejujurnya aku tidak pernah membayangkan masa hadapanku untuk bersama dengannya.
Aku sayang.Tapi aku tidak pasti aku mencintainya ataupun tidak.
Ini sangat berbeza apabila aku dekat dengan Nanon.
"Arghhhhhhhh tak-tak...aku cuma terbawak perasaan dari siri.Stop,Ohm"
4 Bulan lepas...
"Haa?Berlakon BL dengan Nanon?"
"Phi,Serious lah phi nak saya partner dengan Ohm?"
"Kenapa?Ada masalah?Aku rasa korang cukup sesuai untuk perankan watak dalam cerita ni.Lagipun aku rasa dah cukup senang untuk korang jadi partner sebab korang memang kawan kan"Ucap BackAof atau lebih dikenali sebagai P'Aof iaitu direktor terkenal yang telah berjaya menaikkan banyak nama-nama pelakon terbaru melalui karya Boys Love.
Kami saling berpandangan.Kurang percaya dengan tawaran yang diberikan oleh si direktor.
"Kau setuju ke dengan tawaran P'Aof tu?"Soal Ohm
"Aku taktahu.Aku tak pernah main BL dan tak pernah pon terfikir pasal ni"
"Emmm aku nak bagi pendapat je.Selagi kau partner dengan aku,aku rasa kau takyah risau kot pasal main BL.Kita dah selesa dengan satu sama lain,jadi kalau apa-apa yang buatkan kau tak selesa kita boleh berbincang."Ohm cuba memujuk Nanon.
Sebenarnya dia terlalu gembira apabila mendapat tawaran siri baru bersama sahabat baiknya,Nanon.Kenapa dia gembira,dia sendiri juga bingung.
"Biar aku pastikan dulu,lagipun P'Aof bagi kita masa 3 bulan sebelum latihan mula kan.Aku boleh minta pendapat Nonnie dengan Mae juga"Jawab Nanon sedikit tidak yakin.
Sejujurnya dia sangat teruja tentang tawaran ini tetapi apa yang membuatkan dia tidak yakin adalah orang yang berada di hadapannya,Ohm.
Mereka merupakan sahabat baik yang belajar di Universiti yang sama,juga berlakon di bawah agensi yang sama.Mereka juga selalu meluangkan waktu bersama yang membuatkan mereka selesa antara satu sama lain.
Tapi,satu perkara yang tiada siapa pernah tahu ada kaitannya dengan ketidakyakinan Nanon untuk menerima siri tersebut.
Dia mempunyai perasaan terhadap Ohm sejak kebelakangan ini.
Apa yang membuatkan dia mempunyai perasaan ini adalah,cara Ohm yang melayaninya dengan sangat baik.
° ° °
Hari ini merupakan hari di mana Bad Buddy The Series episod pertama ditayangkan.
Semua kru yang terlibat termasuk Nanon dan Ohm berkumpul untuk membuat reaksi masing-masing.
Walaupun ini bukanlah lakonan pertama Nanon dan Ohm,tetapi mereka sangat gementar kerana ini adalah siri BL pertamanya dan pasangannya merupakan Ohm,sahabatnya sendiri.
Nanon dari tadi asyik memperhatikan jam tangannya berulang kali.
'9:30'
Ohm memandang Nanon yang kelihatan sangat gementar.
"it's okay,everything gonna be good.Percaya aku"Ohm menyentuh tangan Nanon lembut.
Tindakan Ohm bukan membuatkan Nanon semakin tenang,malah dia mula berasa panik dengan tindakan tanpa isyarat tersebut.
"Aku pergi tandas sekejap"
"Nak aku teman?"
"Takperlu!Aku dah besar!"Nanon berlari.
Ohm tersenyum sendiri.Suka mengenakan Nanon yang seringkali lari darinya.
Para kru wanita sudah terjerit-jerit kecil melihat moment OhmNon secara live.
_______________________________________
YOU ARE READING
"FAN SERVICE"
Short Story'Fanservice'~Nanon Sebuah cerita yang bermula hanya kerana 'Fanservice' □□□□□□□□□□□ ~OhmNanon Story~ ♤About OhmNon,not PatPran😚 ♤Ada termasuk sedikit scene daripada Bad Buddy Series❤💚 ♤Story rekaan⚠️ ♤Tidak 100% benar,hanya imaginasi Author👍🏻 ♤...