Akhirnya seperti yang ku sangka.
Apa yang sesuai untuk kami hanyalah sekadar 'Fanservice'.
Ohm tidak lagi seperti dulu.
Dia tidak lagi berusaha menarik perhatianku malah dia lebih gemar bersendiri.
Kami hanya berbicara ketika perlu sahaja dan semua yang kami lakukan di hadapan peminat kali ini memang asli 100% fanservice.
Aku tidak tahu mahu bereaksi seperti mana lagi.
Pada satu masa aku gembira kerana tidak perlu memendam sakit dihati memikirkan Ohm yang tidak berniat untuk bersama denganku namun juga aku sedikit kehilangan kerana aku tahu yang aku sangat sayangkan lelaki itu.
Aku pulang ke rumah keluarga Vihokratana buat hari ini.Pha Tay menjemput Chimon untuk makan malam bersama jadi Chimon menghubungiku untuk turut berada di sana dan aku hanya menyetujuinya.
Sesampainya di sana aku melihat Chimon yang duduk di ruang tamu bersama Pha New.
"Sawadeekhap Pha New"Aku memberi hormat kepada Pha New dan dibalasnya lembut.
"Awal kau balik harini"Soal Chimon.
"Nak buat apa lambat-lambat?Bukan ada apa yang menarik pon dekat Uni tu"Aku melepaskan 3 kancing atas bajuku memberi sedikit nafas.
Pha New berlalu meninggalkan kami berdua.
"Aku takdapat contact Ohm"Chimon kembali dengan soalan seriusnya.
"Not my business"Jawabku ringkas.
"Apa maksud kau bukan masalah kau?Non aku dah cakap banyak kali kan"
Sebelum Chimon menyambung katanya aku kembali menyambung.
"Okay sorry"
Chimon memandangku.
"Kau fikirkan yang dia sakitkan kau je?Kau pernah fikir ke apa yang dia lalu?Kau pernah fikir tak kenapa dia buat macam tu?Kau takpernah fikir ke yang dia tu betul-betul sayang dekat kau ha?"
Aku terdiam.Kalau namanya Chimon yang bebicara memang tiada siapa yang boleh membantah.
"Aku penat.Kau tahu tak?Penat nak pertahankan kita bertiga"
Dia menghela nafas dan kembali mengambil nafas sebelum menyambung.
"Memang aku sorang je ke yang sayang dengan korang?Memang aku sorang je eh ada effort kembalikan kita bertiga macam dulu?"
"Tak..aku sayang korang jugak"Jawapan selamat aku keluarkan.
"Tak.Korang berdua,masing-masing selfish.Masing-masing fikirkan sakit sendiri.Kau Non,jangan ingat Ohm sorang je tau ada salah.Kau ada fikir kenapa dari awal kau terima dia sedngkan kau tahu yang dia ada orang lain?Dahnak kawin?Kau buat apa?Kau simpan harapan jugak kan?Kau tak sedar ke ha?"
Tipu.Tipu kalau aku kata yang aku tak pernah salahkan diri sendiri.Dari awal aku salah terima dia sedangkan aku tahu akan berakhir seperti ini.
Tetapi semuanya sudah jadi.Ohm tak lagi pedulikan aku.Nak sedih sudah tak berguna.Akulah orangnya yang minta untuk dia pergi dari hidupku.Dan dia sudah tunaikan.
"Sampai sekarang aku bersalah pasal haritu kau tahu tak?Kau suruh aku cakap yang dia mimpi.Sedangkan memang kau yang ada satu hari dengan dia.Buat dia happy.Kau tahu tak macam mana sedih dia bila bangun dan tahu yang dia rasakan semalam tu tak betul.Aku betsalah Non"
Berat dadaku bila Chimon berkata tentang hari dimana aku minta Chimon mengganti tempatku dan berbohong pada Ohm yang itu cumalah mimpi.
"Tapi aku kena,Mon.Kau bayangkan kalau aku tak buat macamtu dia takkan lepaskn aku"
YOU ARE READING
"FAN SERVICE"
Short Story'Fanservice'~Nanon Sebuah cerita yang bermula hanya kerana 'Fanservice' □□□□□□□□□□□ ~OhmNanon Story~ ♤About OhmNon,not PatPran😚 ♤Ada termasuk sedikit scene daripada Bad Buddy Series❤💚 ♤Story rekaan⚠️ ♤Tidak 100% benar,hanya imaginasi Author👍🏻 ♤...