Kelapan

605 35 4
                                    

Sejak kejadian di PranBuri,aku dan Ohm sedikit renggang.Mulanya,memang aku yang mengelak daripada bertemu dengannya namun kebelakangan ini aku rasa Ohm sendiri yang cuba menjauhkan diri daripadaku.

Dia putus asa mahu mengejarku?

Tak.

Ohm bukan seseorang seperti itu.

Malam ini aku dan Ohm mempunyai jadual kerja bersama.Live produk L'oreal.

Hampir seminggu kami berdiam diri.Tak ada seorang pon yang menyapa.

Terserempak di Uni tu ada,tapi pasti Ohm akan cepat-cepat cuba mengelak daripada aku.Entah apa pula yang jadi untuk malam ni.

Aku baru sahaja pulang daripada Siam Square bersama Chimon.Siapa sangka temannya itu sudah mahu bertunang.

Walaupun aku sibuk dengan jadual kerja,tapi kawan nak bertunang takkan mahu biarkan bergitu sahaja.Aku sempatkan untuk teman Chimon pergi mencari serba sedikit barangan persiapan.

Aku juga baru dapat tahu perkara ini malam tadi selepas menghubungi Pha Tay.

Ya,Chimon akan bertunang dengan anak sulung keluarga Vihokratana iaitu Pluem.Betapa terharunya aku bila mendapat tahu yang teman baik dan abang angkatku sendiri akan disatukan setelah mereka menjalankan hubungan sudah hampir 5 tahun.Sedangkan aku disini masih huru hara dengan  perasaan yang berbelah bahagi,tidak tahu dan tidak pernah membayangkan tentang alam perkahwinan nanti.

Jujur aku tidak memilih.Sama ada itu lelaki mahupun perempuan untuk menjadi pasangan hidupku.

[Mae Godji is calling...]

Aku tidak tahu sudah berapa kali dia menghubungiku tetapi aku tidak dapat menjawab kerana sedang memandu.Namun kerana sudah banyak kali,akhirnya aku menjawab.

'Helo Mae?'

'Mana kau pergi ni?Kita nak mula live start pukul 8 tau..Sebelum tu ada nak buat photoshoot sikit.Dengan kau,Ohm belum sampai.Tak makeup lagi!Kau tengok jam dah nak dekat pukul 7 dah ni'

'Yeye OTW  lah ni..kejap sampai'

'ha okey'


Tak pasal-pasal kena bebel.

Aku sampai dan terus memarkir keretaku.Sedar-sedar aku menolehkan wajahku ke kanan,Ohm juga baru sampai dan memarkir di sebelahku.

Terasa janggal pula.

Aku duduk diam sementara menutup mata.

Tok Tok Tok!

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat wajah Ohm yang betul-betul berada di cermin kereta milikku.

Aku menurunkan tingkap.

"Jom?Kenapa duduk dalam kereta tu"Ohm mengundang.

Aku hanya mengangguk dan cepat-cepat turun daripada kereta.

Dia tersenyum kepadaku sambil menghulurkan tangannya minta disambut olehku.

Tanpa banyak soal aku hanya menyambut tangannya.

Kami berpegangan tangan sambil masuk ke bangunan GMMTV.

Aku dapat mendengar ada makhluk-makhluk yang terjerit-jerit apabila kami melalui gerbang utama bangunan.

"P'Ohm!P'Nanon!!!!"Jerit salah seorang wanita daripada barisan peminat yang sedang berkumpul di hadapan pintu masuk.

Kami hanya tersenyum lalu melambai kepada mereka.

"FAN SERVICE" Where stories live. Discover now