SPECIAL 1:New Begin

317 16 0
                                    

"Macam mana kau nak kawin hah?Dah besar panjang pon masih berkepit dengan Pha Tay kau tu lagi"Pha New membawa dulang berisi teh panas bersama cookies yang dibuat sebentar tadi.

"Macam mana kau nak kawin hah?Dah besar panjang pon masih berkepit dengan Pha Tay kau tu lagi"Pha New membawa dulang berisi teh panas bersama cookies yang dibuat sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pha New menggelengkan kepalanya.

"Alahh Pha ni!Orang bukan selalu pon balik sini.Lagipun lepasni Non dah jarang peluk Pha Tay"Nanon memuncungkan bibirnya.

Pha Tay tergelak kecil dan mengusap kepala Nanon.

"Haihh dah besar dah anak kita ye Phi.Dah nak kahwin dah"Pha New turut mengusap rambut Nanon.

"Dulu kau ni peluk kitorang bersebab je.Nak mintak itulah,inilah.Sekarang ni peluk sebab lepasni kau peluk husband kau je kan"

"Pha New!"

Mereka bertiga tergelak.

"Halahh dah-dahla tu peluk anak kesayangan tu.Dia nak kahwin je pun bukan nak pergi jauh"Pluem sakit hati melihat Nanon yang dimanja oleh dua orang tuanya itu.

"Eleh kau.Cemburu tak bertempat.Kau dah ada Chimon takyah banyak cakap lah"Nanon membalas kembali.

"Ehhh jangan nak kaitkan aku dengan korang eh.Aku takde kena mengena"Chimon yang berlalu membawa makanan dari dapur mencelah.

"Kau tu Non,dah kawin nanti jangan garang-garang dengan Ohm.Jangan jadi macam Chimon"Pluem sedikit membisik ke arah Nanon.

"Apa?Phi ingat Chimon tak dengar ke ha?!"Chimon mencubit Pluem sekuat hatinya.

"Uihhhh macam nak tanggal eh kau cubit"Nanon membuat muka melihat Phi nya yang kesakitan dicubit suami sahabatnya itu.

"Haah baguslah tu Chimon,bagus kita ni garang-garang sikit.Kalau tak nanti laki kita pijak kepala kita"Kini giliran Pha New mencubit peha Pha Tay.

"Aduhhhh Phi yang takde kena mengena pon kena sekali"Pha Tay meringis kesakitan.

Nanon hanya tergelak melihat telatah dua pasangan tersebut.Walaupun satu pasangan sudah lama berkahwin,dan satu lagi baharu sahaja berkahwin namun tidak ada yang berbeza.

Nanon masih tidak percaya bahawa beberapa hari lagi,dia dan Ohm akan sah bergelar suami.


Nanon duduk seorang diri di halaman rumah.Cincin di jari ditenung lama.

"Banyak dah yang kau dengan Ohm dah lalui"Chimon dari belakang menepuk bahu Nanon.

"Ehh abang ipar.Buat apa dekat sini?Kenapa tak bermanja dengan suami?"Gurau Nanon.

"Ehh kau takpayah nak beripar sangat.Aku masih bestfriend kau macam dulu.Yang berubah tu,status aku dengan abang kau je"

"Eleeee kau malu-malu pulak"

Mereka berdua tertawa.

"Tak sangka dua kawan aku yang selalu bergaduh ni nak kahwin dah"Chimon memeluk Nanon,melihat cincin lamaran Ohm yang terikat manis di jari Nanon.

"FAN SERVICE" Where stories live. Discover now