⚠️SPECIAL 2: real life Bad Buddy

118 6 0
                                    

Setelah hampir setahun Bad Buddy tamat, pelbagai perkara sudah berubah.

Dengan pengumuman Ohm bersama Lengso,maka berakhirlah ship Ohm dan Nanon.

Kerana terdapat sedikit isu di belakang tabir menyebabkan Ohm dan Nanon terpaksa untuk dipisahkan dan telah menyebabkan ramai peminat yang menyuarakan kekecewaan mereka.

Phone milik Nanon berdering dan terpapar nama Ohm disitu.

"Sayang,aku dah habis kerja dah ni.Lepasni aku kena hantar Leng balik baru aku balik rumah okey?"

"Okey,drive elok-elok.Kejap lagi aku pon nak turun dah nak balik"

"Baiklah,kau pon drive elok-elok dahnak malam ni"

"Iyelah...kondo kita tak jauh mana pon dari sini,jangan risau lah"

"Okey.Love you,Non"

"Love you too"

Panggilan dimatikan dan ada senyum kecil yang menghiasi wajahnya.

Walaupun OhmNanon tidak lagi muncul sebagai partner namun di kehidupan nyata tiada apa yang boleh memutuskan hubungan mereka berdua lebih-lebih lagi mereka sudah sah bergelar suami hampir setahun lebih.

Tipulah kalau dia tidak cemburu melihat Ohm bersama dengan Lengso namun,dia perlu besikap professional dan itu hanya sekadar tugas Ohm sebagai seorang pelakon.

Salah satu perkara yang sedikit sulit buat mereka berdua adalah sebelum ini memang mereka merahsiakan parkahwinan mereka tetapi mereka masih boleh berinteraksi di hadapan peminat namun sekarang tidak lagi.Mereka malahan dilarang sama sekali untuk berinteraksi.

Oleh itu,hanya di rumah sahaja masa yang tinggal untuk mereka berdua meluangkan masa bersama.

Nanon mengemas barangnya sebelum turun untuk pulang.

Dia turun menggunakan lift dan dari dalam sudah terdengar jeritan-jeritan fans namun tidak dia hiraukan kerana perkara itu adalah perkara biasa.Mungkin ada rakan artist lain yang lalu di lobby.

Namun begitu Nanon sedikit terkejut apabila melihat Ohm bersama Leng yang sedang menyapa para peminat.

Tapi apa boleh buat,mahu tidak mahu dia harus melewati mereka.

Nanon menarik nafas dan berjalan sambil tersenyum ke arah peminat yang memanggil-manggil namanya sambil berpura seperti tidak melihat OhmLeng di situ.Ohm sepertinya tidak menyedari keberadaannya di situ oleh itu Nanon melajukan langkahnya.

Tidak dia sangka Ohm sebenarnya perasan akan kehadirannya dimana Ohm sempat mencapai tangan milik Nanon sebentar sebelum melepaskannya.

Jantung Nanon hampir tercabut kerana risau jika ada yang perasan akan perkara tadi.

Dia mengurut dadanya perlahan apabila berjaya masuk ke dalam kereta.

"Berani betul jantan tu eh.Kalau kantoi tadi tu,naya je hidup kita Ai'Ohm"Nanon membebel sendiri sambil dengan perlahan bergerak keluar dari perkarangan GMMTV.



Nanon yang baru selesai mandi tersenyum sendiri apabila terdengar suara pintu dibuka.

"I'm back,Sayang"Ohm berteriak mencari kelibat suaminya.

Nanon hanya berdiam diri mengeringkan rambutnya dengan tuala di dalam bilik.

"Non!"Kini Ohm berjaya menemukannya.

"Kenapa kau..jangan jerit-jerit boleh tak?"Nanon menggeleng kepala.

Ohm memuncungkan bibirnya namun bergerak sedikit demi sedikit berniat untuk memeluk Nanon.

"FAN SERVICE" Where stories live. Discover now