"Phi stay sini buat sementara sebab ada kerja kat kawasan sini.Malas nak balik rumah..jauh"
Nanon tercengang.
Sudahlah Ohm buat kondonya ini seperti kondo Ohm sendiri.Chimon pula katanya ingin tinggal di sini buat memantau mereka berdua,dan kali ini abangnya pula ingin menumpang di sini.
"Kejap-kejap.Aku tak buat kenduri doa selamat sempena kepulangan Ohm pon dekat rumah aku ni.Asal masing-masing macam takde rumah sendiri ni?"
Chimon sudah pecah perut mendengar "kenduri doa selamat sempena kepulangan Ohm" sebentar tadi.
Mahu tidak mahu Nanon terpaksa bersetuju.
"Kalau macam tu kau,Mon tidur dengan aku.Bilik tamu P'Pluem punya"Nanon habiskan ayatnya dan pergi ke dapur untuk menyediakan sedikit minum petang buat para tamu nya.
Ohm terdiam.
"HABIS AKU DUDUK MANA?"Jerit Ohm agar Nanon dapat mendengarnya dengan jelas.
"Lahh ruang tamu tu banyak sofa.Tidur je lah sana.Apa susah"
"Jahatnya kau dengan aku.Tak adil langsung"Ohm pura-pura merajuk.
Nanon membuat muka menyampah.
"Kalau P'Pluem tak kisah,Phi kongsi je la bilik dengan Ohm"Ujar Nanon.
Ohm dan Pluem saling berpandangan.
"Errrr aku rasa better kau je Chi duduk dengan P'Pluem.Biar aku dengan Nanon"Ohm memberi cadangan.
Pluem juga kelihatan sangat setuju daripada idea sebelumnya.
Nanon menghela nafas.
Kalau boleh sebenarnya dia tidak mahu sebilik dengan Ohm.Tapi kasihan pula dengan P'Pluem kalau dia sebilik dengan Ohm.
"Haaa yelaaa..suka koranglahh"
"Yeayyy!"Pluem bersorak memeluk Chimon di sebelahnya.
Ohm hanya membuat muka menyampah mengejek Chimon yang kelihatan gembira dapat tinggal sebilik dengan Encik Tunangnya.
"Kau tu takpayah nak buat muka sangat eh..diorang tu sikit lagi nak official..tak macam kau" Nanon menyumbat sebiji donat mini ke dalam mulut Ohm.
Pluem dan Chimon hanya tergelak.
"Kalau kau nak macam kitorang Ohm,jangan lama-lama.Adik aku ni laku keras,risau di rampas orang"Gurau Pluem.
Tersedak Nanon yang sedap mencicip teh buatannya yang panas itu.
"Phi ingat Nanon ni ayam goreng dekat pasar malam ke nak main laku-laku?!"
Ohm tergelak lalu mengusik Nanon.
"Dengar tu abang kau dah bagi aku green light"Ohm menyenggol bahu Nanon.
"Tepi lah kau!!!Sape nak dengan kau ha?"Nanon menjarakkan dirinya daripada Ohm.
"Eleh..malu-malu pulak kau"Ohm membuat muka.
"Korang berdua jangan macam-macam eh!Aku nak masuk tidur ni"Kata Chimon mengikuti Pluem yang menuju ke bilik.
"Heh kau jangan cakap kitorang.Kau tu ha!"Ohm berpaling melihat Chimon
Chimon hanya menjelirkan lidah sebelum menutup pintu.
Mereka berdua masih lagi menonton television.
Ohm tersenyum melihat Nanon yang fokus kepada drama di dalam tv.
Dengan perlahan Ohm melentokkan kepalanya di bahu Nanon dan meraih tangannya dengan lembut.
"Do you get dèjá vu?"Soal Ohm.
YOU ARE READING
"FAN SERVICE"
Short Story'Fanservice'~Nanon Sebuah cerita yang bermula hanya kerana 'Fanservice' □□□□□□□□□□□ ~OhmNanon Story~ ♤About OhmNon,not PatPran😚 ♤Ada termasuk sedikit scene daripada Bad Buddy Series❤💚 ♤Story rekaan⚠️ ♤Tidak 100% benar,hanya imaginasi Author👍🏻 ♤...