Aku tersedar namun tersentak apabila terasa kepalaku sakit seperti ingin pecah.
Dengan perlahan aku bangun dan duduk bersandar di katil sambil memicit kepalaku yang masih berpusing.
aku mencapai telefon milikmu yang terletak di atas meja kecil sebelah katil.
Sedikit retak.
Automatik kejadian malam tadi kembali bermain di dalam fikiranku.
Aku lepaskan marah sehingga menyebabkan telefonku sendiri rosak.
Memang buat pertama kalinya aku berasa terlalu marah seperti malam tadi.Aku rasa terlalu tercabar dengan kata-kata Toey.
Tidak sekali pun dia pernah berkasar denganku seperti malam tadi.Tidak tahu apa yang bermain difikarnnya.
Aku mencari Nanon.
Di sebelahku memang sudah kosong.
7:30
"Mana dia?Awal lagi takkan dah keluar?"Ujarku mamai sendiri dan bangun menuju ke pintu bilik.
Aku mencapai baju yang berada di lantai lantas disarung ke badan. Entah bila aku lepaskan baju,aku sendiri tidak tahu.
Tiba-tiba aku sedar ada susuk yang sedang berbaring dalam keadaan berselubung di lantai bilik.
"Nanon?Apa kau buat dekat lantai?Tidolah dekat atas"Aku menarik selimutnya dan melihat kesan lebam di bahagian lehernya.
"NANON?APA JADI DEKAT KAU NI?!"Aku bersungguh-sungguh membangunkan Nanon yang sedang tidur.
Bertambah terkejut aku apabila aku menarik wajahnya dan melihat kesan sedikit lebam dan luka di bibir juga bawah matanya yang bengkak seperti lepas menangis.
Dia membuka matanya perlahan dan memandangku buat seketika lalu berpaling semula.
"Ouh kau dah bangun.Pergilah mandi segarkan badan kau tu"Jawab Nanon tanpa memandangku malah cuba untuk menjauhkan diri daripadaku.
Dia kelihatan sedaya upaya tidak menunjukkan wajahnya kepadaku dan cuba menutup bahagian lehernya itu.
"Nanon!Bagitahu aku apa jadi dengan kau?Kenapa teruk sampai macamtu?!"Aku menahan bahunya dan memaksanya menjawab.
Dia memandang tepat ke mataku dalam keadaan air matanya yang mulai bertakung tinggal masa untuk menitis.
Dengan tiba-tiba perasaan bersalah menghurungku.Tidak pasti mengapa tetapi aku dapat rasakan yang dia sedang sakit puncanya daripada aku.
Tapi aku tidak pasti apa itu.
"Nanon..aku tanya kau ni..Siapa yang buat kau macamni?"Soalku sedikit lembut.Risau tersalah kata.
"Takde apa"
Dia menepis dan keluar meninggalkan bilik.
Aku duduk kembali di katil dan sambil menyisip air.Cuba mengumpul kembali ingatanku malam tadi.
'Ohm kau okay?'
'Diam!'
'Ohmm jangannnn'
'Nanon...'
Hampir tersembur kesemua air yang berada di dalam mulutku.
Apa aku buat malam tadi?
Aku berlari keluar kembali mencari Nanon.
Melihat Nanon yang duduk memeluk lutut dia tepi pantai dalam keadaan yang masih berselubung.
"Aku..sakitkan kawan aku sendiri"
Ohm apa kau buat ni...
Aku berdiri tidak jauh daripadanya dan dengan jelas aku dapat melihat yang Nanon sedang cuba menyeka air matanya berkali-kali.
YOU ARE READING
"FAN SERVICE"
Short Story'Fanservice'~Nanon Sebuah cerita yang bermula hanya kerana 'Fanservice' □□□□□□□□□□□ ~OhmNanon Story~ ♤About OhmNon,not PatPran😚 ♤Ada termasuk sedikit scene daripada Bad Buddy Series❤💚 ♤Story rekaan⚠️ ♤Tidak 100% benar,hanya imaginasi Author👍🏻 ♤...