Tiga Belas

348 33 6
                                    

Minggu ini merupakan minggu pernikahan Ohm.

Hanya bersisa 5 hari sahaja lagi sebelum Ohm bertukar status menjadi suami orang.

Aku menyikat rambutku seperti biasa dihadapan cermin.

Terlalu biasa.

Aku cuba mengubah sedikit gaya rambutku.

Ini tidak kena.

Itu tidak kena.

Tiada yang sesuai pada pandanganku.

Aku hampir putus asa sebelum terlihat hair straightener milik Nonnie yang masih berada di dalam kotak yang terletak di tepi almari baju.

Entah kenapa boleh berada di situ.

Aku mendapat idea.

Dari pagi aku perasan yang ada orang sedang memerhatikanku tetapi kali ini aku memutuskan untuk menegurnya.

"Apa yang kau tengok sangat dari pagi ha?Muka aku ni ada berubah jadi Tom Holland ke macam mana?"Soalku kepada Ohm.

Ya.Dialah susuk yang sedari pagi memerhatikanku.

"Nak cakap,cakapla.Ni tengok orang macam nak telan.Dah kenapa"Aku kembali menyudu chocolate cake daripada food support daripada para peminat ke dalam mulutku.

"Kau straight kan rambut eh?"Ohm menyentuh rambutku.

Aku mengangguk sambil meneguk air mineral.

"Kenapa?Ohhhhhh pasti aku nampak cute kan rambut macamni...sebabtulah kau takboleh lepas pandang aku kan..kannn"Aku mengusiknya yang kini sudah memasang wajah cuak.

"Kau niii sengaja kan nak pikat aku kan"

"Ehhh apa pulak..Kau tu dahnak jadi laki orang.Takkan lah aku nak pikat laki orang"Aku menggeleng kecil.

"Dahtu kenapa kau tak biasa?Kenapa kau buat macam takde apa-apa?"

Aku menghela nafas sebelum mendekatkat wajahku kepadanya.

"Then kau nak expect aku macam mana?Menangis?Meroyan macam orang mati laki?Come on...manusia takboleh duduk dalam zon yang sama untuk selama-lamanya kan?"Aku mengangkat kening.

Ohm seperti berfikir sebelum mengangguk menyetujui perkataanku.

"Kau pulak?Jangan main-main bab perasaan Ai'Ohm.Kau tu nak kahwin dah.Aku nak kau buang semua perasaan tu,kau fokuskan apa yang akan datang.Kesian dengan P'Toey"Ujarku menepuk-nepuk bahunya.

Dia hanya tersenyum kecil lalu mengangguk.

°°°

Ohm duduk di sofa ruang tamu.

Toey menghampirinya dengan membawa segelas jus oren ditangannya.

Semenjak persetujuan perkahwinan mereka dilakukan,Ohm dan Toey tidak terlalu banyak berkomunikasi namun mereka bersetuju untuk memperbaiki hubungan demi membiasakan diri selepas menikah.

Ohm meneguk jus tersebut hingga habis dan diletakkan kembali di atas meja.

"I mungkin tak balik malamni sebab shoot.You takperlu tunggu I okey?Just go to sleep"

Toey hanya mengangguk dan menghadiahkan senyuman ringkas sebelum kembali ke dapur membawa gelas kosong milik Ohm.

Sebelum sempat Ohm keluar meninggalkan kondo,dia tanpa sengaja terdengar perbualan Toey di telefon.

"Ni last tau kita jumpa.Toey dahnak kahwin...janganlah macamni"

Kedengaran suara Toey seperti sedang berbisik tetapi telinga aku masih dapat menangkap setiap satu perkataan yang keluar dari mulutnya.

"FAN SERVICE" Where stories live. Discover now