13+
❝Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti❞
- UNREQUITED LOVE TROPE
┌ · · · · ♡
Draft : 02 December 2021
Start : 03 December 2021
End : 07 December 2021
PRE...
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
ㅤ⚘
Ellarose Lee. Perempuan berupa paras bagai bidadari. Secantik itu dia dimata semua orang. Bukan itu sahaja, dia juga seorang gadis yg baik, sopan santun dan bijak. Semua lelaki sukakannya termasuk lah Kim Sunoo.
Sangat mustahil bagi mereka untuk tidak menyukai Ella.
Tapi satu khabar angin berjaya mematahkan hati semua pelajar lelaki di sekolah itu. Desas desus mengatakan Ellarose Lee sudah mempunyai teman lelaki. Satu persatu peminatnya mengundur diri.
Tapi tidak kepada Kim Sunoo.
Dia tidak mempercayai gosip murahan seperti itu. Dia yakin bahawa Ella belum dimiliki oleh sesiapa.
"Macam mana cadangan aku? Kau dah cuba?" Sunghoon bertanya penuh rasa ingin tahu.
Sunoo menganggukkan kepala perlahan. "Aku baru mula. Aku buat macam yg kau cadangkan. Mengaku sukakan dia setiap hari tapi.." Ayatnya dibiarkan tergantung sengaja ingin melihat reaksi rakannya.
"Tapi apa? Cakap lah"
"Tapi aku akan bagi dia bunga ros setiap hari. Mungkin dia takkan balas perasaan aku tapi sekurang-kurangnya aku nak dia tahu yg aku sukakan dia"
Sunghoon menepuk bahunya. "Tinggal 2 minggu lagi kita semua akan graduate dan berpisah tapi kau masih tak putus asa. Aku respect kau"
Sunoo tersenyum kecil. "Dah lah. Aku nak balik dulu. Maaf, aku tak boleh teman kau bersihkan kelas"
"Ei mana boleh macam tu"
"Boleh je. Seoyun kan ada. Okey bye!" Dia terus berlari keluar tanpa mendengarkan balasan Sunghoon.
Loker didekati. Tangannya mencapai sekaki payung didalam. Tidak hujan. Namun kulitnya tidak dapat menahan cahaya matahari yg terlampau panas jadi nak tak nak dia perlu menggunakan payung juga.
Kemudian, dia mengambil bunga mawar putih yg dia sudah lama letakkan didalam pasu lut sinar selama berjam-jam.
Tiada sebab lagi untuk dia terus berada disitu, dia mulai melangkah meninggalkan kawasan sekolah.
Matanya meliar melihat sekeliling berharap dapat terserempak dengan orang yg dia sukakan itu.
Untung nasib berpihak kepadanya hari ini.
Dia tersenyum gembira saat melihat Ella sedang duduk mencangkung ditepi jalan. Dihadapan gadis itu ada seekor kucing.
"Meow meow, nak makan?" Dia cuba untuk berkomunikasi dengan kucing tersebut. Suara dikecilkan, kebiasaan bagi semua pencinta kucing.
Semakin lebar Sunoo tersenyum.
Ella meletakkan makanan kucing ke atas daun. Dia tersenyum teruja disaat kucing itu menyantap makanan pemberiannya.
Sunoo menghampirinya. Dia duduk disisi gadis itu tanpa bersuara.
Bahu Ella sedikit terhinjut tatkala perasan akan kehadirannya. "Sejak bila awak ada disini?"
Sunoo tidak menjawab sebaliknya dia menghulurkan bunga mawar putih tadi kepadanya. Awalnya Ella agak ragu-ragu untuk mengambilnya tetapi dia tetap menerima diakhirnya.
"Saya sukakan awak"
Ella tidak merasakan apa-apa. Dia hanya menganggukkan kepala faham.