15

130 38 1
                                    

⚘

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Sunoo mendengus setelah keluar dari tandas lelaki. Semasa perjalanan menuju ke kelas, matanya tidak sengaja menangkap kelibat Ella. Dapat dia lihat gadis itu mencampakkan bunga mawar pemberiannya sendiri ke dalam tong sampah.

Langkahnya terhenti.

Dia tahu sejak awal lagi yg Ella tidak akan pernah membalas perasaannya tapi kenapa dia perlu terkilan melihat bunga itu dibuang? Senyuman tipis terbit dibibirnya.

Sunoo menghampiri tong sampah itu sebaik sahaja Ella masuk ke dalam kelas. Bunga mawar biru yg terbaring didalam tong sampah kotor itu dia ambil. Dia meniup-niup ia perlahan cuba untuk menghilangkan habuk.

"Jangan sedih, Sunoo. Jangan putus asa. Lagipun kau yg salah" Dia berkata perlahan, menyalahkan dirinya sendiri.

Kemudian, dia mengintip Ella sebentar melalui tingkap. Gadis itu melentokkan kepala di atas meja. Semua kata-kata Seoyun diabaikan.

"Dia jadi macam tu sebab aku ke?"

"Ella. Aku tak rasa kau okey. Kenapa kau tak cakap apa-apa ni?" Seoyun menggoncang tubuh Ella untuk mendapatkan perhatiannya.

"Ya aku tak okey. Semalam Haru rejected aku. Dah lah Seoyun. Aku nak tidur" Ella membalas sebelum kesabarannya hilang.

Dia menukar posisi. Pipinya digerakkan ke kanan tempat dimana Sunoo sedang berdiri sekarang. Sunoo mulai panik, dia melarikan dirinya sebelum Ella sempat membuka mata.

──────────── ㅤ⚘

Cepat sungguh waktu berjalan. Tanpa disedari, waktu pulang pun sudah tiba. Sunoo meletakkan bunga mawar biru yg dibuang pagi tadi dihadapan loker Ella. Harap-harap lah kali ni bunga tu tidak disumbatkan ke dalam tong sampah sekali lagi.

Dia tersenyum ceria sebelum meninggalkan sekolah.

⚘ㅤ────────────

Sunoo membaringkan diri ke atas katil yg empuk. Entah kenapa tubuhnya terasa sangat sakit dibandingkan kebiasaannya. Terlalu letih hingga tidak mampu bangun. Rasa ingin berbaring sehingga hari esok.

"Sunoo! Mama dah masak tu jangan lupa makan tau?"

"Ya. Terima kasih, mama" Sunoo cuba sebaik mungkin untuk kedengaran baik-baik sahaja.

Dia segera mencapai ubat-ubatan yg diberi oleh Tuan Park apabila bunyi derapan kaki ibunya sudah menghilang. Tiada pilihan lain. Dia terlalu sakit hingga terpaksa meminum pil-pil itu.

Sebenarnya, ini bukan pertama kalinya. Setiap kali dia merasa sakit dia pasti akan meminum pil-pil tersebut dan ianya benar-benar membantu kondisinya menjadi lebih baik walaupun untuk sementara.

Tapi dia masih mengaku yg dia tidak menghidap leukemia.

──────────── ㅤ⚘

❝Rose : Always Waiting❞ + SunooTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang